Wanita UMNO Goyang – MakCik “Pidah” melatah, Shahrizat Senyum.

Rafidah Aziz semakin gentar dengan kenyataan Shahrizat untuk bertanding jawatan “Ketua” Mac depan. Shahrizat telah menberi kata putus untuk bertanding merebut sementara Rafidah turut bertanding untuk mempertahankan jawatan beliau.

Didalam artikel yang lalu, Rafidah membayangkan bahawa pelan peralihan kuasa yang bakal di lakukannya tahun hadapan seolah-olah menanti “kredit”  daripada pemerintahan Najib yang membolehkannya memasuki kabinet semula. Rafidah yang menyandang jawatan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa di gugurkan daripada senarai menteri-menteri kabinat pemerintahan Pak Lah yang mana melantik Muhyiddin Yassin menjawat jawatan tersebut.

Sokongan yang padu dan jitu terhadap Shahrizat, menggugat kedudukan Rafidah dan jalan penyelamat baginya ialah dengan mengharapkan Najib melantiknya menjadi salah seorang daripada menteri didalam kabinet baru Najib. Ini akan berlaku seawal-awalnya Jun depan.  Oleh yang demikian, Rafidah telah mengusulkan dirinya sebagai pemenang tanpa bertanding dan peralihan kuasa akan dilakukan pada Jun tahun hadapan tanpa membawa perkara tersebut ke mesyuarat Exco Pergerakan Wanita terlebih dahulu.

Rafidah mengumumkan pelan peralihan kuasa yand di rancangkannya, pada majlis Wanita Bersama Pemimpin di hadapan Abdullah Ahmad Badawi pada 4 Ogos yang lalu, dan ianya hanya di bincangkan dengan panjang lebar berjela selepas pengumuman yang dibuat oleh Rafidah pada mesyuarat Exco Pergerakan pada 25 September, 2008.

Pelan Peralihan Kuasa yang di rancangkan oleh rafidah dengan tergesa-gesa meninggalkan kesan yang negatif apabila kenyataan Exco Wanita Halimah Sadiq (ahli parlimen Tenggara) disangkal oleh Raja Ropiah.

Raja Ropiah menyangkal dakwaan bahawa pelan peralihan tersebut telah di bincangkan dengan teliti bersamanya dan Shahrizat sebelum pengumuman dilakukan oleh Rafidah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: