Pulihkan kekebalan Raja Melayu, titah Tunku Naquiyuddin

Kekebalan Raja-raja Melayu perlu dikembalikan kepada baginda jika negara ini ingin melihat Raja-raja memainkan peranan yang lebih penting dan berkesan pada Abad ke-21 ini.

Pemangku Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tengku Naquiddin Tengku Jaafar bertitah demi keadilan, saksama dan tidak memihak dalam melindungi perlembagaan dan kedaulatan mereka juga perlu dilindungi.

Satu isu yang benar-benar menarik, yang mana memberikan kuasa kekebalan Raja-Raja Melayu. Kedaulatan Raja-Raja Melayu tidak disentuh sama-sekali semenjak pemerintahan TUN, hanya kekebalan yang di tarik keluar. Ini adalah kerana kes-kes yang tertentu yang mana kekebalan ini harus diluputkan namun kedaulatan tidak pernah di sentuh.

Apakah tujuan sebenar Tengku Naquiddin Tengku Jaafar bertitah sedemikian? Adakah dengan mengembalikan kekebalan Raja-Raja Melayu maka kestabilan ekonomi akan pulih? Adakah dengan mengembalikan kekebalan Raja-Raja Melayu, kestabilan politik Malaysia akan menjadi pulih sediakala?  Atau sejarah hitam yang mana membawa kepada peluputan kekebalan Raja-Raja Melayu pada satu ketika dahulu akan berulang kembali?

Malaysia mempunyai 13 Negeri yang mana 11 daripada beRaja dan 2 ber Gabenor (Melaka dan Pulau Pinang), dan didalam kesemua Raja-Raja Melayu ini, akan di pilih seorang darpada Tuanku untuk menjawat jawatan Yang Di Pertuan Agung Malaysia.

Kenapa tidak diusulkan untuk diberikan kuasa mutlak kepada Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua negara dan ketua agama? kenapa isu kekebalan Raja-Raja Melayu di timbulkan? Raja-Raja Melayu tetap berdaulat sebagai ketua agama, ketua negeri dan bakal ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong.

Tinggalkan komen