Apa dah Jadi Dengan Pelan Peralihan Kuasa Rafidah?

pidahMelalui sumber-sumber yang diterima, Naib Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah membuat keputusan untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu Mac depan.

Pengumumkan keputusannya itu akan di buat pada Khamis ini yang sekaligus akan melenyapkan inpian pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz untuk menyerahkan kepimpinan pergerakan itu pada Shahrizat pada Jun depan. Shahrizat berpendapat bertanding jawatan itu adalah keputusan yang terbaik baginya memandangkan Rafidah tetap bertegas untuk melepaskannya hanya pada Jun dan menolak desakan dari banyak pihak dalam parti supaya peralihan kuasa Wanita Umno diselaraskan dengan pelan peralihan Umno induk iaitu pada Mac depan yang mana jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan kedua-dua jawatan itu kepada Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.Ada juga yang mengatakan bahawa berkata Shahrizat juga didorong oleh keputusan anggota exco Wanita Datuk Kamilia Ibrahim untuk bertanding jawatan naib ketua yang disandang Shahrizat sekarang yang mana beliau berulang kali berkata beliau tidak menyetujui pelan peralihan Jun itu dengan alasan ia bertentangan dengan perlembangaan Umno dan pendirian tegas Datuk Kamilia itu tidak memberi pilihan kepada Datuk Seri Shahrizat selain daripada bertanding jawatan ketua Wanita Umno.

Shahrizah dikatakan telah pun memberitahu keputusannya kepada perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Sebelum ini di katakan bahawa, Rafidah buat pertama kali mengumumkan pelan peralihan kuasa itu pada Ogos lalu dan mesyuarat exco Wanita Umno minggu lalu mengambil keputusan menyokong pelan itu dan menolak gesaan Shahrizat yang dibuatnya sehari sebelum mesyuarat itu agar pelan berkenaan diselaras dengan pelan peralihan Umno induk.

Kamilia tidak hadir pada mesyuarat itu sebagai tanda beliau tidak menyetujui pelan berkenaan.

Pelan peralihan itu juga dianggap oleh ramai pihak sebagai tidak logik kerana jika Shahrizat mengambil alih jawatan daripada Rafidah pada Jun mengikut pelan itu, beliau akan hanya menjadi pemangku ketua Wanita sehingga pemilihan Umno yang diadakan tiga tahun selepas Mac depan.

Rafidah yang kini bercuti di Hong Kong, ketika dihubungi berkata beliau akan hanya mengulas mengenai perkara itu sekembalinya daripada cuti. Bagi jawatan ketua Wanita Umno, Rafidah mendapat 117 pencalonan manakala Shahrizat 73.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan menemui pemimpin-pemimpin Wanita Umno sekembalinya beliau ke tanah air daripada lawatan ke dua buah negara Asia Tengah sekarang untuk menyelesaikan isu kepimpinan dalam pergerakan itu.

Satu Respons

  1. aku sokong makcik fidah………

    jangan lawan dia ooooooooooooiii

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: