Keputusan terhadap Nazri ditangguh ke minggu depan – Politik Malaysia Pentingkan diri dari Rakyat.

076fa59eecca39c71d4506a1e20cebd4Hebat, sangat hebat Politik Malaysia yang terdiri daripada yang vateran sampai lah ke yang baru muncul dan menghanggatkan kerusi parliment Negara yang mana mengaku, memperjuangkan hak-hak rakyat.

Keputusan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa membuat kenyataan yang tidak benar dalam Dewan Rakyat, akan diketahui minggu depan.

Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata keputusan itu yang sepatutnya diumumkan hari ini, terpaksa ditangguhkan kerana menteri terbabit tidak hadir dalam sidang dewan kerana mengikuti rombongan rasmi Perdana Menteri ke Uzbekistan, Kyrgystan dan Turkmenistan. Beliau sudah siap buat penyelidikan akan tetapi masalahnya menteri (Nazri) berada di luar negara selama satu minggu dan dijangka balik hujung minggu ini.Beliau mengambila kira pandangan dan contoh yang dilihat di Kanada, India dan United Kingdom bahawa apabila khususnya peraturan 36 (12) ini dibangkitkan, kedua-dua pihak yang membangkitkan dan ditujukan masalah ini perlu hadir dalam dewan. Dengan keadaan sedemikian, beliau tidak dapat buat keputusan dengan ketidakhadiran menteri itu sendiri dalam mesyuarat ini. Keputusan itu akan di buat pada minggu hadapan dan notis akan diberi (kepada kedua-duanya),tambah Wan Junaidi di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut laporan Bernama, pada 6 November lalu, Nazri ketika mengumumkan pembayaran ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lalu, berkata mereka bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel. Pada 10 November pula, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) juga membangkitkan mengenai jawapan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron di bawah peraturan 36 (12) yang mana di dalam jawapan itu menyebut pelantikan naib canselor memerlukan orang yang berkelayakan. Lim berkata kenyataan Idris itu menyebabkan bekas Naib Canselor UM Datuk Rafiah Salim mendakwa beliau dituduh, dihina dan prestasinya tidak baik dan oleh itu memerlukan satu permohonan maaf dan memperbetulkan kenyataan berkenaan.

Wan Junaidi kemudian menetapkan keputusan berkaitan perkara yang dibangkitkan Lim itu juga akan dibuat pada hari sama dengan isu yang dibangkitkan Karpal.

Inilah perbahasan utama di dalam Parliment Negara kita, macam anjing dan kucing sedangkan Negara mengalamai masalah ekonomi yang semakin memuncak, namun tidak siapapun yang benar-benar tegar mengusulkan sebarang cadangan untuk dibahaskan bagi menjamin masa depan Negara dan masa depan Rakyat.

Segalu isu berbentuk peribadi, pergi jahanam dengan isu peribadi dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat adalah untuk membela nasib rakyat, membela masa depan rakyat. Apakah dengan meminta maaf dan menerangkan sesuatu keadaan itu akan mengubahkan nasib rakyat?

Rupa-rupanya madu yang di beri racun yang dikembalikan. Suka saya mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin yang baru bahawa kepercayaan yang diberikankepada kamu adalah berlandaskan janji-janji yang telah dilafazkan semasa pilihanraya yang lalu. Kalau inilah keputusannya, maka samalah kamu dengan mereka yang sebelumnya. Jangan mengata, mengeji atau mengherdik, sebenarnya kamu sama sahaja mengidamkan kedudukan demi kepentingan diri sendiri.

Dimanakah kepentingan rakyat Malaysia? Siapakah yang akan membela kepentingan rakyat Malaysia? Itu yang menjadi kebimbangan kami. Ahli politik, dari semua parti kamu semua sebenarnya sama sahaja. Itulah kepastian.

Ekonomi negara yang mana semakin meruncing tidak disentuh langsung. Kestabilan ekonomi yang lebih baik dengan persancangan yang lebih teliti dan jitu merupakan janji-janji kosong yang tertulis di dalam skrip semasa berkempen. Nilai ringgit semakin jatuh, dahulu kalau nilai dolalr Amerika jatuh nilai ringgit juga menjunam sama, kini nilai dolar Amerika meningkat dan nilai ringgit tetap menjunam dan apakah ini dinamakan kestabilan ekonomi negara.

Siapakah yang akan membela nasib Rakyat? PKR, mungkin tidak, kemajuan yang dilihat menampakkan parti PKR lebih cenderung dengan hanya menunding jari menyalahkan orang lain daripada berbuat sesuatu yang lebih berfaedah. Bukan lah rakyat meminta yang lain selain daripada janji-janji yang telah di buat satu ketika dahulu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: