Memey Suhaiza Ditangkap Bersama Norman Hakim?

872008_memey5a-247x300Gosip lagi, mereka mengatakan pelakon Memey Suhaiza yang ditangkap khalwat bersama Norman Hakim malam tadi. Tapi tidak pasti telahan itu betul atau tidak, kalau betul, sayanglah kerana Memey Suhaiza baru sahaja nak meningkat naik dalam industri hiburan ini. Kareer serta maruahnya mesti jatuh, aku harap tidak betul lah gosip ini.

Sudah terang lagi bersuluh, Norman Hakim pernah menafikan hubungannya dengan Memey Suhaiza sebelum ini, telah ditangkap khalwat di sebuah pejabat di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana. Memang sah Norman Hakim telah ditangkap berdua-duaan dengan Memey Suhaiza di situ, setelah mendapat aduan daripada orang ramai.

Pegawai Perhubungan Awam Jais, Mohd Hidayat Abd Rani ketika dihubungi pula berkata, pasangan pelakon terbabit ditahan sekumpulan tujuh anggota jabatan berkenaan dalam operasi cegah maksiat di kawasan itu. selang berapa minit, datang seorang individu lain membuka kunci dari luar dan selepas masuk, kami mendapati seorang wanita berpakaian lengkap berada dalam bangunan terbabit.

“Anggota kami yang difahamkan ada seorang lelaki dalam premis itu terus mencari sebelum menjumpai pelakon berkenaan yang dipercayai bersembunyi dalam bilik kecil. Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan,” katanya.

Bagaimana pun, Norman Hakim masih menafikan hubunganya dengan Memey Suhaiza, sebaliknya menyifatkan penangkapan khalwat adalah tidak patut kerana dia berada di tingkat atas sedangkan Memey Suhaiza berada di tingkat bawah.

Tapi, kalau lah betul, kenapa Norman Hakim perlu bersembunyi di bilik kecil ye?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: