UMNO Alor Gajah di arah mesyuarat semula

UMNO bahagian Alor Gajah akan mengadakan semula pemilihan Ketua Bahagian pada 1 Disember ini. Ini merupakan arahan yang diteriman daripada UMNO Melaka yang mana mengatakan terdapat masalah teknikal yang berlaku pada mesyuarat 19 Oktober yang lalu.

Ini adalah kerana didalam mesyuarat itu, keputusan pengundian untuk jawatan ketua bahagian tidak dapat diumum oleh jawatankuasa pemilihan, disebabkan lebihan kertas undi berbanding dengan jumlah perwakilan (terdapat pengundi hantu).

Dalam pemilihan tersebut, exco negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, Datuk Ghafaar Atan ditentang oleh bekas Adun Durian Tunggal, Datuk Abdul Kadir Daud.

Abdul Kadir yang dihubungi berkata, terdapat lebihan tiga kertas undi bagi jawatan ketua bahagian. Jawatankuasa pemilihan mendapati terdapat 398 kertas undi berbanding 395 jumlah perwakilan yang mengundi.

“Mungkin ada perbuatan sabotaj…tetapi biarlah perwakilan yang menentukan jawatan ketua bahagian Alor Gajah.

“Namun berdasarkan mood perwakilan dalam mesyuarat 19 Oktober lalu, saya mempunyai peluang cerah menang jawatan ketua bahagian,” katanya.

Di samping itu juga, Alor Gajah mencalonkan Najib untuk jawatan presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (timbalan). Bagi jawatan naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: