Kerajaan Keliru untuk Turunkan Harga Minyak

Kabinet akan berbincang esok samaada akan menurunkan harga minyak buat kali keempat, jelas Menteri Perdagangan Dan Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Shahrir Abu Samad.

Beliau juga menjelaskan bahawa setiap lonjakan dan penurunan harga minyak akan di umumkan oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi setelah mendapat persetujuan daripada jemaah Menteri. Perkara ini perlu dibincang terlebih dahulu dan keputusan ini perlu melibatkan empat menteri iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Menteri Kewangan II (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) dan Datuk Shshrir Abu Samad.

Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan “memang berhasrat” untuk menurunkan harga minyak, akan tetapi pengumumannya akan diadakan mungkin esok, lusa, tulatmdua minggu lagi dan bermacam-macam alasan yang mana sama-sekali berbeza sebelum ini dimana harga minyak dinaikkan serta-merta setelah harganya di cadangkan iaitu daripada RM1.92 ke RM2.70 seliter berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia ketika itu.

Pada 15 Oktober lalu kerajaan menurunkan harga minyak petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter manakala harga petrol RON92 diturunkan 10 sen kepada RM2.20 seliter. Harga minyak diesel pula diturunkan 20 sen kepada RM2.20. Namun begitu harga minyak tempatan kini masih jauh lebih tinggi daripada harga yang sebelum ini.

Kini setelah harga minyak di pasaran dunia menjunam, kerajaan teragak-agak untuk menurunkan harga minyak kepada yang sepatutnya.

Selain itu, Datuk Shahrir memberitahu bahawa beliau tidak tahu apa-apa juga andaian bahawa harga minyak akan diturunkan esok.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: