Debat – Calun Ketua Pemuda

Naib ketua Pemuda Umno bercadang bertemu Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung cadangannya mengadakan debat terbuka bagi calon-calon jawatan teratas pergerakan itu. Selain menjelaskan perkara itu, Khairy Jamaluddin juga ingin meminta restu daripada ketuanya.Hishammuddin mahu anggota pergerakan itu merujuk kepadanya terlebih dahulu berhubung isu debat antara calon ketua sayap kanan parti berkenaan kerana beliau masih menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno hingga Mac depan.

Mohamad Khir Toyo menyahut cabaran Khairy untuk berdebat bagi menjelaskan pendirian dan pelan masing-masing. Sementara itu, Mukhriz Mahathir yang mendapat pencalonan paling tinggi untuk merebut jawatan tersebut tidak bersetuju dengan debat itu dengan alasan ia hal-ehwal dalaman Umno dan tidak wajar dilakukan secara terbuka.

Parti UMNO ini, jangan lah terlalu banyak berdebat. BUkannya salah untuk berdebat tepari untuk mengelakkan perpecahan di kalangan kaum Melayu. Apakah hasilnya perdebatan yang kita dapat diantara DSAI dan Sabree Chik? Walaupun dijangkakan kontrak harga minyak mentah di pasaran dunia akan jatuh dibawah USD60 setong didalam bulan November ini, kita masih lagi membayar harga minyak dengan harga yang tinggi.

Tiada apa susulan atau kebaikan yang akan di kecapi oleh rakyat dari apa-apa perdebatan sekalipun, dan perdebatan yang di cadangkan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO ini lebih kepada kepentingan peribadi. Tempoh masa berkempen untuk menarik pencalunan yang bakal diadakan pada mesyuarat tertinggi UMNO Mac depan memberikan masa yang mencukupi bagi setiap calun untuk berkempen.

Itu merupakan teknik berkempen yang telah di cadangkan oleh Pak Lah, kita tahu bagaimana Khairi berdebat didalam Parlimen, seperti memukul tong kosong sahaja dan tidak membawa sebarang makna selepas soalan yang di ajukan oleh Lim Kit Siang ternyata gagal untuk di jawab. Perdebatan ini tidak wajar kerana ianya lebih kepada pendedahan akan masalah dan kemerosotan serta ketidak keseimbangan orang-orang Melayu di dalam UMNO.

Bagi mereka yang masih lagi memegang jawatan sebagai orang yang masih bertanggungjawab, pemantauan yang lebih adalah perlu di berikan kepada calun-calun terutamanya calun-calun baru yang masih panas (hangat-hangat taik ayam) supaya dapat dibendung daripada melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat terhadap parti.

Berkempen dan naikkan diri sendiri, bukan cuba menggunakan media untuk menarik dan mengaut jumlah pencalunan.  bagi kami rakyat Malaysia,  kami senantiasa memerhatikan dan memantau,  kami buang yang keruh dan ambil yang jernih dan senantiasa menyokong kepada pemimpin yang berwibawa untuk memimpin negara di masa yang akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: