Pencalunan Jawatan Tertinggi UMNO

Sehingga ke hari ini, perwakilan UMNO Bahagian telah memberikan sokongan yang padu kepada Najib dengan 99 pencalunan dan setakat ini ianya merupakan wakil tunggal bagi merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan Mac tanuh hadapan. Tengku Razaleigh Hamzah masih lagi tidak mendapat sebarang pencalunan daripaa UMNO Bahagian dan ini merupakan satu peluang yang amat baik bagi Najib untuk mejawat jawatan tersebut tanpa di tentang oleh sesiapa pun.

 Namun begitu Muhyiddin Yassin masih lagi meraih pencalunan dimana setakat ini mendapat 63 pencalunan meninggalkan Mohd Ali Rustam di belakang dengan 23 pencalunan dan Muhammad Taib 15 pencalunan. Moh Ali Rustam dan Muhammad Taib masing-masing memerlukan 16 pecalunan tambahan dan 24 pencalunan tambahan bagi melayakkan diri bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilhan Mac depan.

Sementara itu, bagi jawatan Naib Presiden UMNO Hishammuddin Tun Hussein memperolehi 79 pencalunan meninggalkan Shafie Afdal yang mendapat 44 pencalunan, Ahmad Zahid Hamidi dengan 56 pencalunan, Khaled Nordin dengan 47 pencalunan dan Hamid Albar dengan 20 pencalunan. Kelima-lima mereka layak untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO di permilihan Majlis Tertinggi yang bakal diadakan Mac depan. Masing-masing menarik nafas lega setelah melepasi syarat-syarat kelayakan minima untuk bertanding dengan 20 pencalunan minima.

Banyak spekulasi yang dapat kita lihat dan perdengarkan sekarang dimana calun-calun berusaha sedaya upaya untuk menunjukkan kewibawaan masing-masing bagi mendapatkan pencalunan dan melayakkan diri untuk bertanding. Namun masih didalam kesamaran dan boleh dikatakan tiada khabar berita yang diterima daripada Isa Samad yang pernah menjadi calun pilihan pada pemilihan yang lalu. Isa Samad memperolehi 8 pencalunan setakat ini dan masih jauh ketinggalan bagi melayakkan beliau untuk bertanding bagi jawatan tersebut.

 

Bagi jawatan Ketua Pemuda, Mukhriz Tun Mahathir terus mara kehadapan dengan mendapat 66 pencalunan setakat ini meninggalkan Khairi Jamaluddin dan Mohd. Khai Toyo dengan masing masing mendapat 47 pencalunan dan 43 pencalunan. Namun masing-masing layak bertanding untuk merebut jawatan tersebut dengan melepasi syarat-syarat minima iaitu 39 pencalunan.

Razali Ibrahim menerajui pencalunan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda dengan memperolehi 77 pencalunan meninggalkan Reezal Merican naina Merican dengan memperolehi 58 pencalunan. Setakat ini kedua-dua calun layak bertanding bagi merebut jawatan tersebut dan Khairi yang juga menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Naib Keua Pemuda jauh ketinggalan dengan hanya mendapat 1 pencalunan sahaja.

Masih ada banyak lagi masa untuk setiap calun berusaha untuk meraih pencalunan. Ternyata sokongan selepas mesyuarat  bahagian menghasilkan satu perubahan yang besar terhadap jumlah pencalunan yang di perlukan oleh setiap calun.

Hamid Albar memperkatakan kewibawaan Muhyiddin Yassin yang mempertikaikan keputusan PM menangguhkan pemilihan majlis Teringgi daripada Disember ini ker Mac tahun hadapan dan ini sedikit sebanyak memberikan sedikit kredit kepada beliau. Namun Muhyiddin dengan lantang membidas kenyataan Hamid Albar yang menampakkan kesan negetif terhadap beliau, namun begitu Muhyiddin mengepalai jumlah pencalunan bagi jawatan Timbalan Presiden dan Hamid Albar jatuh di tempat kelima dengan mendapat 20 pencalunan minimum bagi melayakkan beliau bertanding.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: