Malaysia Kaji Turunkan RM0.15 harga minyak… baca sampai habis

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Ekoran harga minyak mentah global turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini, kerajaan membayangkan akan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel pada akhir bulan ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu.Beliau yang juga Menteri Kewangan mengulas penurunan harga minyak mentah dunia sehingga AS$62 (RM221.34) setong kelmarin.

Utusan Malaysia 26hb. Oktober,2008.

Permainan teka-teki dan dorok-sorok (hide and seek) yang dimainkan oleh Amerika benar-benar membuahkan hasil. Penurunan dollar Amerika selama setahun lamanya membuahkan hasil yang agak lumayan. Teknik dan tektik terperinci ini di atur dengan teliti bagi menjamin masa depan Amerika didalam jangkamasa 10 tahun akan datang.

Pernah satu ketika dahulu, dollar Amerika menjunam sehingga ketahap RM2.42 untuk setiap USD1.00 kini melonjak naik ketahap RM3.57 pada hari ini. Dari perkhabaran yang diperolehi, semasa kejatuhan nilai dollar di pasaran dunia, kadar pelaburan asing di Amerika meningkat sebanyak 28% dan selebihnya 72% adalah daripada consumer. Mungkin tidak tepat, seperti yang saya tulis ini tetapi ini adalah figure yang saya perolehi.

Nilai ekspot Amerika bertambah dengan pebelian yang boleh dikatakan luar kawal setelah matawang Amerika menjunam teruk dan dijangkan akan berlarutan sehingga beberapa tahun. Tambahan lagi, kepercayaan masyarakat dunia akan kekukuhan nilai Euro yang meningkat dengan mendadak seningga ketahap RM5.60 mahupun lebih bagi setiap EU1.00. Ada juga desas-desus mengatakan bahawa pasaran minyak akan di urusniaga didalam matawang Euro menggantikan dolar Amerika.

Banyak negara menjana hutang luaran dengan mengimport barangan daripada Amerika dan ternyata sangkaan mereka iut meleset semata-mata. Setelah sampai ketahapnya, dolar Amerika telah di pertingkatkan dengan mendadak, tidak sampai 6 bulan nilai dolar Amerika telah mencapai ketahap yang boleh di banggakan.

Dengan peningkatan nilai dolar Amerika ini, maka hutang negara-negara tersebut akan meningkat sealiran dengan nilai matawang tersebut. Apa yang akan berlaku, faedah-faedahnya turut melambung tinggi, dan bagi negara-negara yang di kuasai dan boleh di kotak-katekkan oleh Amerika, minyak di letakkan sebagai pertukaran (barter trade). Di jangkakan, didalam tempuh 10 tahun ini Amerika akan menjadi negara stok penimbal minyak yang terbesar di dunia.

Adakah negara kita salah sebuah negara yang terlibat di dalam menjana hutang yang begitu banyak? Akan tetapi yang peliknya, apabila nilai dollar jatuh menjunam, nilai ringgit juga jatuh menjunam dan apabila nilai Amerika meningkat, nilai ringgit kita tetap menjunam. Apakah kita akan melalui “inflasi” sekali lagi, sepertimana yang kita rasai pada tahun 1998? Kini telah sepuluh tahun berlalu? Adakah ianya akan berlaku lagi? Sama-samalah kita lihat. Kebijaksanaan pemimpin Negara adalah penting bagi menangani segala kemungkinan yang akan tiba. Apakah langkah yang perlu diatur bagi menangani masalah ekonomi ini?

Apa yang pasti, kita nampak pemimpin negara masih asyik begitu tekun memikirkan jawatan masing-masing yang bakal disandang menjelangnya persidangan Majlis tertinggi Mac depan. Tidak ada sesiapa pun yang tampil kehadapan memperingkatkan kita akan kemungkinan inflasi melanda negara kita dan mungkin dunia. Ini terbukti nyata, kepercayaan yang kita berikan kepada pemimpin baik BN, PKR, DAP, PAS dan apa parti sekali pun adalah semata-mata untuk kepentingan diri mereka semata-mata.

Sikap berjaga-jaga akan kecenderungan negara kita mengalami inflasi yang lebih teruk hanyalah di launkan oleh Pak Lah, yang mana menyeru rakyat semua bercucuk tanam untuk menjana bahan makanan bagi menghadapai masalah makanan global. Tiada satu Menteri……………. mahupun pemimpin yang bersungguh-sungguh menyokong usul yang di ajukan oleh Pak Lah, malah masing-masing mendesak Pak Lah meletakkan jawatan dengan lebih cepat dan ada yang berpura-pura berpendirian menyokong Pak Lah tetapi menyokong penuh Pak Lah meletakkan jawatan.

Apakah nasib negara selepas ini, bukan masalah politik atau pergolakkan politik negara yang menjadi kebimbangan, tetapi masalah ekonomi dunia yang mungkin bakal melanda. Ini merupakan kebimbangan yang sebenarnya.

Sekarang ini aku tak sokong mana-mana parti sekali pun, akan tetapi aku berfikir… apakah yang akan aku buat jika kita berada didalam inflasi tidak lama lagi ini. Bagaimana kamu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: