Bila harga minyak di Malaysia nak turun?

Kita tahu kekecohan yang timbul sedikit masa dahulu, apabila harga minyak dunia melonjak sehingga melebihi tahap USD148.00 setong, pelbagai usaha dilakukan oleh Kerajaan untuk menaikkan harga minyak dimana beralasan Kerajaan tidak mampu untuk menampung subsudi yang terlalu tinggi.

Kini harga minyak dunia telah menjunam jatuh dan daripada sumber yang di perolehi, kontrak pembelian minyak akan jatuh lebih rendah daripada USD60.00 setong pada November akan datang. Jika dahulu tidak sampai seminggu harga minyak naik, semua “petrol pam” digesa untuk menaikkan meter harga minyak jualan, kenpa kini harga minyak jatuh seolah-olah tiada sesiapa pun yang ambil peduli atau sengaja membutakan diri.

Di manakah, orang yang lantang berdebat dahulu memperkatakan tentang kenaikkan harga minyak global? Dimanakah keikhlasan mereka menuntut dan memberi penjelasan kepada rakyat? Adakah benar perdebatan ini di adakan untuk membela rakyat? Adakah benar perdebatan ini dilakukan suatu masa dahulu untuk menerangkan kepada rakyat?

Rakyat Malaysia menderita menanggung kos harga minyak yang tinggi berbanding tahun yang sebelumnya, dan tida siapa pun kini tampil kehadapan untuk membela nasib rakyat. Kedua-duanya sama sahaja, kalau salah satu menang rakyat akan dapat arang dan abu, tiada kemana kesudahannya.

Ternyata, rakyat menjadi mangsa perebutan kuasa sesetangah parti politik dan mangsa keadaan. Yang sebenarnya sama sahaja kedua-duanya, yang sorang tu bekas TPM dan yang seorang lagi bekas S46.

Buktikan pembelaan terhadap rakyat, jangan cakap tak serupa bikin.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: