singkir pemimpin PMIUPM dari kolej?

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) mendakwa barisan pemimpin dan ahlinya seolah-olah menjadi mangsa sistematik universiti itu untuk menyingkirkan mereka dari kolej kediaman. Mereka dibuang kolej beramai-ramai tanpa sebab yang munasabah bahkan sampai ada yang dipermainkan dengan begitu hina oleh pihak pengurusan kolej jelas Presidennya Mohd Safwan Ab Ghani.

Pada 15 Oktober yang lalu, Nur Shafiqa Mohd Ali dan Nor Farhana Farzieana Ali, yang dibuang kolej kediaman mereka dan mereka akan mendedahkan nasib yang mereka alami di bangunan Parlimen hari ini pada jam 12.30 tengah hari nanti.

Pada sesi semester 2006-2007, tiga exco wanita persatuan itu didakwa dikenakan tindakan “tanpa alasan yang kukuh. Sesi berikutnya, seorang exco persatuannya Nor Fathiah Daud dibuang kolej pada hari pendaftaran kemasukannya di Kolej Mohamad Rashid padahal segala urusan pembayaran yuran dan pemberian kunci bilik telah selesai.

Sebelum itu, beliau dibuang dari Kolej Pendeta Zaaba tanpa alasan yang kukuh,” katanya.

Presiden PMIUPM sesi lepas Mohd Shukri Fahmi Shukor dan seorang exconya Mohd Sulhi Waqiyuddin dibuang kolej sebaik sahaja memenangi kerusi Majlis Perwakilan Pelajar UPM dengan alasan ‘setelah maklumat pelajar dikemaskini, nama anda didapati tidak tersenarai untuk tinggal di kolej ini’.

Apakah politik sebenar yang berlaku di kolej ini, atau politik dilibatkan didalam kolej ini? Kita selama ini di katakan Negara yang berdemokrasi, tetapi nampaknya jika kita pengamal sistem demokrasi ini, maka kita akan di diskriminasikan oleh orang-orang yang sebenarnya cuba mengampu dan membodek dengan alasan untuk kebaikan dan keamanan Negara.

Bukankan pelajar Melayu merupakan tunjuang peneraju negara dimasa akan datang? Sikap yang sebegini boleh mendorong pelajar kearah pembangkang pada suatu masa nanti. Tindakan wajar bertatatertib hendak di ambil keatas mereka yang bertanggungjawab dengan segera..!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: