Pesanan Pak Hamid…. ingat tuuuu…!!!

Menteri Dalam Negeri, Hamid Albar menegur Muhyiddin Yassin kerana mahukan proses pemilihan parti di percepatkan dari Mac tahun depan ke Disember tahun ini. Didalam kenyataan beliau menyatakan bahawa, Muhyiddin Yassin sebagai orang yang tidak tetap hati, disamping menafikan ianya merupakan satu bebanan bagi mereka yang memegang jawatan didalam Kerajaan.Hamid yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno menegaskan bahawa, mereka boleh menggilir-gilirkan antara berkempen dan melaksanakan tugas di kementerian masing-masing dan tidak boleh bersungut tentang kerja mereka jika mereka memberi lebih kepentingan kepada parti, maka mereka tidak seharusnya berada dalam kerajaan. Maksud utama beliau selama ini (ialah), jika mereka tidak boleh mengimbangi tugas mereka di dalam kerajaan, maka mereka perlu memilih salah satu daripadanya.

Memang telah menjadi lumrah kepimpinan sekarang ini, suka memperlekehkan masa, melanjutkan sesuatu perkara sampai di satu tahap dimana ramai akan terlupa dan mengkomplikasikan sesuatu yang mudah. Bagi mereka yang dapat banyak pencalunan, memang mereka mahukan pemilihan diadakan dengan segera dan bagi mereka yang seperti nazak untuk memperolehi pencalunan minimum bagi melayakkan diri untuk bertanding, akan cuba sedaya upaya mempertahankan supaya pemilihan parti di adakan leawat atau di lanjutkan.

Hamid Albar (68) telah menawarkan diri buat kali keduanya untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO, pertama kalinya ialah di dalam tahun 2000 dimana beliau telah tewas. Sehingga kini, Hamid Albar menerima 12 pencalunan dan masih memerlukan 8 pencalunan untuk melayakkan beliau bertanding bagi jawatan tersebut serta jauh kebelakang ketinggalan daripada pencalunan yang di terima oleh Muhyiddin Yassin.

Pemilihan Timbalan Presiden UMNO seharusnya dilakukan dengan lebih bijak dan teliti, ianya haruslah di lakukan dengan dasar sokongan bukan ikutan. Seperti kata Hamid Albar, gabungan antara yang lama dan yang baru hendaklah di lakukan.

Dari segi fizikalnya, kredibiiti Muhyiddin lebih cenderung daripada Hamid Albar, ada juga yang menimbulkan kebimbangan akan keupayaan Najib menyandang jawatan tertinggi didalam parti dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Justeru itu adalah menjadi kewajipan kepada perwakilan memberikan mandat yang jitu kepada Muhyiddin sebagai pelapis untuk mengimbangi kestabilan politik jika kepimpinan parti megalamai kegoyahan di suatu hari nanti.

Satu Respons

  1. asyik berkempen dan berasuah aje – dulur duit sana sini, negara pun boleh huru hara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: