Timbalan Presiden UMNO – Pertandingan tiga penjuru

Jawatan Timbala Presiden UMNO, menampilkan calun-calun orang lama UMNO iaitu, Muhyiddin Yassin, uhammad Taib dan Mohd. Ali Rustam. Sementara itu, ahli Majlis Tertinggi yang merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan pertandingan tiga penjuru ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana Muhamad Taib dan Mohd. Ali Rustam di katakan tidak layak untuk merebut jawatan tersebut.Nazri menegaskan bahaya Muhyiddin Yassin sebagai calun yang layak untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana beliau merupakan seorang Menteri dan merupakan salah seorang daripada Ahli Parlimen. Berbanding jauh daripada Mohammbd Taib yang hanya sebagai seoang Senator dan Mohd. Ahli Rustam yang juga hanya duduk di kerusi DUN.

Nazri berkata juga bahawa, sesiapa yang di lantik sebagai Timbalan President UMNO, bakal juga di lantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Malahan, bakal Menjadi Perdana Menteri seandainya berlaku apa-apa terhadap Perdana Menteri.

Dari penelitian, Muhyiddin Yassin memanglah berkaliber, cocok dan lebih jauh kehadapan untuk jawatan Timbala Presiden UMNO berbanding lawan tiga penjurunya iaitu Mohammad Tain dan Mohd. Ali Rustam.

Penawaran diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO oleh Muhammad Taib dan Mohd Ali Rustam telah menimbulkan pelbagai tanda tanya, kerana Mohd. Ali Rustam boleh dikatakan mempunyai peluang yang amat cerah untuk mempertahankan jawatan Naib President dan Mohammad Taib boleh dikatakan mempunyai peluang untuk memenangi jawatan yang sama.

Akan tetapi satu lonjakan yang drastik telah di tunjukkan oleh Mohammad Tain dan peranjakan yang dramatik yang di lakukan oleh Mohd. Ali Rustam mungkin akan mengakibatkan beliau kehilangan jawatan yang di sandangnya dahulu di dalam UMNO.

Berbanding Muhyiddin Yassin, yang tetap menerima sokongan dan pencalunan meninggalkan jauh lawannya dan meletakkan beliau di tempat yang selesa untuk merebut jawatan Timbalan President UMNO dan balak di lantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Apakah dan dari manakah sumber atau sokongan jitu dan mandat yang Mohammad Taib dan Mohd. Ali Rustam perolehi bagi meletakkan mereka di tempat yang lebih selesa? Jika kita selidiki, keputusan PRU yang lepas. banyak negeri telah tewas di tangan lawan dan jika mereka mengharapkan sokongan daripada “jemaah Menteri Besar”, jadi sokongan daripada Menteri besar tidak memadai bagi meletakkan mereka di tempat yang selesa.

Adakah ini semua merupakan perancangan dasar apabila Abdullah menewarkan diri bertanding menentang Muhyiddin pada satu ketika dahulu, dan penglibatan Mohammad Taib dan Mohd. Ali Rustam adalah bertujuan untuk merengangkan jarak jumlah pencalunan terhadap Muhyiddin Yassin?

Namun apa sekali pun, Muhyiddin tetap tegar dengan meraih jumpalh pencalunan meninggalkan lawannya jauh di belakang yang mana meletakkan beliau didalam keadaan selesa bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: