Rafidah & Shahrizat layak bertanding.

Shahrizat layak bertanding bagi jawatan tertinggi Wanita UMNO selepas meraih pencalunan sebanyak 40 pencalunan pada 19 October yang lalu. Kini pertarungan 2 penjuru membariskan orang lama Wanita UMNO yang bakal di adakan pada Mac 2008.Beberapa hari yang lepas, Wanita UMNO medesak supaya Rafidah berundur dan memberikan laluan kepada Shahrizat untuk menjawat jawatan tertinggi didalam Wanita UMNO, dan pada ketika itu Saharizat masih di tahap dimana pencalunan yang di terimanya jauh lebih rendah daripada kelayakan minima yang di perlukan untuk bertanding jawatan tersebut, sedangkan Rafidah telah pun melepasi jauh kehadapan daripada jumlah pencalunan minima yang di perlukan.

Kini, mereka berdua layak untuk bertanding dan di pilih secara demokrasi dan siapakah yang lebih mendapat kepercayaan, sokongan dan kelayakan akan dientukan pada Mac depan.

Ada orang mengatakan bahawa sistem pemilihan yang sebegini yang dianggap tidak adil adalah bermula di era pemerintahan TUN Mahathir. Banyak penyelewengan dan salah laku kuasa berlaku di dalam parti. Akan tetapi, apakah motif sebenar yang kita perlukan? Kita tanya diri kita?

Bukan cara pemilihan pemimpin oleh TUN hanya diambil sebagai ukuran, malahan yang lebih besar lagi iaitu “cara pemerintahan TUN” harus di jadikan tauladan oleh setiap pemimpin. Majukan Melayu, Majukan Negara… bukannya melepaskan komputer di tangan dan memegang cangkul di sawah, seperti menutup lombong emas dan membuka lombong besi.

Harapan kepada Negara semoga menjadi sebuah Negara yang maju dan terkenal pada suatu ketika dahulu. Ikutlah cara TUN suruh buat dan jangan ikut apa TUN buat, lain definasi nya itu. Cuba fikirkan.

Tak kira sesiapa pun yang bertanding bagi merebut jawatan didalam Majlis Tertinggi, bukan sekadar jawatan itu amanah yang diberikan. Kami tak sokong srmbarangan. Bagi pucuk pimpinan, siapa yang kamu sokong bukan bermakna kami turut menyokong. penglihatan kamu mungkin telah di kaburkan dengan kuasa dan wang tetapi penglihatan kami tidak dan jumlah kami yang melihat terlalu ramai.

Berhati-hati di jalan raya…!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: