Lagi Lapuran Polis Terhadap Najib….

Desas desus mengatakan bahawa Sekretariat Anak Muda Malaysia akan membuat satu lapuran Polis terhadap Timbalan Perdana Menteri Malaysia, bagi mendedahkan kegiatan korupsi yang di dakwa di lakukannya.

Badrul Hisham shaharin menyatakan bahawa lapuran Polis itu akan di lakukan esok 21hb. October,2008 jam 1:00pm, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Lapuran Polis yang akan di buat adalah berkaitan dengan pembelian helicopter Couger EC-725 daripada Eurocopter yang di dakwa dilakukan tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya.

Namun, di sebalik permasaalahan yang timbul, ianya merupakan satu pembaharuan kepada Angkatan Tentera Malaysia dimana, perkhidmatan Nuri haruslah di hentikan dengan kadar yang segera. Disamping itu juga, Angkatan tentera Malaysia dapat mendalami dengan lebih baik didalam pengendalian helicopter-helicopter yang terbaharu dan termoden.

Perkhidmatan Nuri yang telah lebih suku abad haruslah di hentikan kerana helicopter tersebut sudah “tua” dan menimbulkan pelbagai masalah dan yang lebih dasyat lagi, mengorbankan banyak nyawa anggota tentera dan anggota pasukan PGA kita.

Akan tetapi pertikaian yang di usulkan adalah cara bagaimana pembelian itu di lakukan yang mana ianya di dakwa tidak mengikuti prosedur yang sepatutnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: