Liga Kepimpinan Pemuda…. berita terbaru

Kehangatan Liga perebutan kerusi ketua Pemuda dan naibnya, menampilkan calun-calun yang berdedikasi dan berdiri di atas kerusi dengan memperolehi pencalunan-pencalunan yang terbaru.

Mukhriz Tun Mahathir, berjaya meraih sebanyak 62 pencalunan dimana pencalunan terakir setakat ini datangnya daripada Bahagian Beluran Sabah, yang mana mengukuhkan lagi beliau sebagai pendominasi keseluruhan pencalunan dengan meninggalkan Khairi Jamaludin di belakang dengan 34 pencalunan.

Kairi Jamaludin harus bekerja dengan lebih keras untuk mendapatkan 39 pencalunan bagi membolehkan beliar bertanding didalam pemilihan Ketua Pemuda nanti.

Yang nyatanya, Mukriz Tun Mahathir, terus berada didalam keadaan selesa tanpa menoleh Mohd. Khair Toyo dan Zahidi Zainul Abidin yang masih-masing menerima 26 pencalunan dan 1 pencalunan.

Adalah dinyatakan akan berlaku pertentangan sengit diantara Khari Jamaludin dan Mohd. Khair Toyo dimana, masing-masing belum melepasi syarat-syarat minima untuk bertanding. Mohd Khair Toyo memerlukan 13 pencalunan tambahan bagi melayakkan diri bertanding sementara Khairi Jamaludin memerlukan hanya 5 pencalunan bagi kelayakan.

Semetara itu, bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula, Razali Ibrahim terus mendahului kesemua calun dengan memperoleh 61 pencalunan meninggalkan Reeza Merican Naina Merican yang memperoleh 47 pencalunan dan masing-masing telah melepasi syarat-syarat minima untuk bertanding iaitu dengan mendapat sekurang-kurangnya 20 pencalunan. Khairi Jamaludin juga turut bertanding bagi jawatan Naib Ketua Pemuda dengan mendapat sokongan 1 pencalunan setakat ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: