Isu susulan Pembelian Cougar EC – 725

Sektika dahulu, Pengerusi Syarikat Mentari Service Sdn. Bhd. Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mempertikaikan keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter dengan alasan ia “agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini.”

Di dalam keterangan yang di tulis oleh beliau menyatakan pihaknya difahamkan bahawa proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya LOI dikeluarkan kepada Eurocopter.
Pembelian Cougar EC – 725 adalah merupakan tindaan lanjut kerajaan berhubungan isu penggantian helikopter Nuri itu bermula selepas mesyuarat Kabinet pada 18 Julai 2007 bersetuju agar Nuri ditukar berikutan rungutan beberapa ahli Parlimen dan masyarakat umum berhubung helikopter jenis itu sering terlibat dalam nahas udara yang mengorbankan anggota tentera. Setakat ini ramai anggota tentera kita yang terkorban sejak 39 tahun yang lalu dimana di lapurkan sebanyak 14 kes helicopter Nuri terhempas dan mengorbankan 107 nyawa angkatan tentera dan Pasukan Gerakan Am.

Pada 26 September lalu, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kerajaan akan menggantikan angkatan helikopter Nuri kepada Eurocopter Cougar EC725 buatan Perancis. Bagi tujuan tersebut, kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1.93 bilion untuk membeli 12 unit helikopter baru.

Helikopter Eurocopter Cougar EC725 adalah satu dari empat jenis helikopter yang disenarai pendek oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Keempat-empat syarikat terbabit dalam bidaan tersebut menawarkan spesifikasi memenuhi kehendak Kementerian Pertahanan (Mindef).

Harga tender yang ditawarkan Eurocopter bagi 10 helikopter itu adalah RM2.317 bilion dan adalah harga yang paling tinggi. Mentari Services, melalui syarikat induk Kelowna Flightcraft menawarkan helikopter buatan Rusia Mi-172 KF pada harga RM898 juta, manakala syarikat pembuat Nuri, Sikorsky dari Amerika Syarikat, menawarkan helikopter alaf baru S-92 pada harga RM1.452 bilion.

“Persoalan yang berbangkit adalah, syarikat Eurocopter adalah pembida tertinggi, berbanding pembida Rusia yang menawarkan RM1.4 bilion jauh lebih murah. Mungkin ini adalah dasar kerajaan memilih pembida paling tinggi, supaya komisyen yang mereka dapat pun tinggi.”

Sepanjang Dewan Rakyat bersidang, Menteri Kewangan Najib Razak dan Menteri Pertahanan Abdullah Ahmad Badawi serta timbalan mereka tidak hadir dalam sesi tersebut, lantas menggagalkan sebarang usaha menuntut penjelasan dari mereka.

Namun skandal kali ini tidak terhenti setakat itu. Cara pemilihan helikopter dibuat amat mencurigakan. Pengerusi Mentari Services, Kapten (B) Zahar Hashim, mempersoalkan kebijaksanaan Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan meluluskan perolehan Eurocopter tanpa melalui fasa percubaan sepenuhnya. Dalam hal ini, kerajaan dilaporkan tergesa-gesa meluluskan tender Eurocopter walhal ujian penilaian ke atas keempat-empat helikopter belum selesai dijalankan. Bahkan, kerajaan enggan melakukan ujian penerbangan ke atas helikopter Kelowna dan Sikorsky.

Menurut Kapten (B) Zahar, Kelowna sudi menyediakan sebuah helikopter Mi-172KF secara percuma untuk tempoh ujian enam bulan namun kesudian itu ditolak kerajaan. Manakala wakil Sikorsky langsung tidak dihubu-ngi sama-sekali. “Belum pun proses penilaian selesai dijalankan dengan tiba-tiba arahan diberi pihak tertentu supaya Letter of Intent (LOI) dikeluarkan kepada Eurocopter. LOI ini ditandatangani seorang pegawai menengah di Kementerian Pertahanan pada 15 September 2008, iaitu dua hari sebelum Najib Tun Razak berpindah ke Kementerian Kewangan,”

Dua unit Mi-17 telah dibeli dan digunakan oleh Bomba Malaysia yang dilaporkan amat berpuas hati dengan prestasi helikopter itu. Helikopter buatan Rusia itu digunakan secara meluas dalam konflik peperangan di merata dunia, dan ketahanannya terkenal di kalangan komuniti ketenteraan. Sebanyak 12,000 unit Mi-17 telah dijual dan digunakan di 60 buah negara. Manakala S-92 buatan Amerika Syarikat pula antara yang terbaik dan termaju dalam kelasnya, menjadi pilihan negara-negara Barat khususnya Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom serta negara-negara Timur Tengah.

Hanya Perancis, selaku pemilik saham terbesar dalam syarikat Eurocopter, yang mengendalikan Eurocopter EC 725.

Secara logik, adalah tidak munasabah Kementerian Pertaha- nan membuat keputusan membeli helikopter pada harga dua ratus juga ringgit tanpa menemui wakil penjualnya dan melakukan ujian penerbangan.

Di dalam kenyataan yang di buat oleh DSAI, beliau menyatakan bahawa sikap tergesa-gesa Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan sememangnya luar biasa. Di saat negara diancam kemelesetan, sikap tidak bertanggungjawab Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan dalam perolehan aset tentera amat dikesalkan.

 

2 Respons

  1. cantik chopper nie yer? baper henggit sebijik? ingat nek beli ler….. kire helikopter peribadi ler….. kan pak najib?

  2. helicopter nie khas utk perang…… kan kita dah nak perangi habis-habisan gejala rasuah dalam negara. Jadi kita gunakanlah helicopter nie.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: