Perlembagaan – Hak-hak orang Melayu

Nyonya-nyonya, apek-apek, amoi-amoi, minachi-minachi, aya-aya, tengechi-tangechi, ane-ane, abang-abang, kakak-kakak, makcik-makcik, pakcik-pakcik, adik-adik dan anak-anak semua, jika berpolitik di Malaysia ini, maka berpolitiklah dengan berlandaskan undang-undang dan Perlembagaan yang telah termaktub dah janganlah terbabas dari landasan utama.

Jika selama ini kita membenteras penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pelbagai lagi kesalahan yang telah dilakukan oleh segelintir kelompok mereka yang tidak bertanggung-jawab menjalankan amanah yang telah diberikan oleh rakyat, maka mandat telah diberikan oleh rakyat kepada kelompok mereka yang berada pada satu posisi yang bertentangan untuk membetulkan keadaan, bukan untuk mencabul undang-undang dan perlembagaan. Kepercayaan serta kuasa mutlak yang diberikan oleh rakyat kepada mereka yang meraih kemenangan didalam Pilihan Raya Umum yang lalu adalah merupakan satu mandat yang besar dan jitu supaya kestabilan ekonomi dapat di pulihkan dengan menjana pendapatan negara justeru menaikkan taraf kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia. Bukan tiket kepada golongan individu mempertikaikan perlembagaan Negara yang telah sekian lama termaktub dan di perkenankan oleh Raja-raja Melayu.

Kepercayaan serta mandat yang diberikan oleh rakyat kepada pemimpin yang di harapkan akan mebuahkan satu perubahan, masih lagi samar-samar dan belum ada yang dapat di tunaikan secara pasti malah, persoalan yang timbul kini lebih kepada perkauman dan ini merupakan satu yang tidak sehat dan lebih memudaratkan rakyat dan Negara.

Sehingga kini, belum pun lagi setahun PKR menerajui Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinanag, isu-isu kepentingan rakyat hanya di suarakan tidak sampai sebulan lamana, malah isu-isu hak-hak asasi orang Melayu, asal-usul orang Melayu di persoalkan. Kemenangan BN dengan membolehkan BN membentuk Kerajaan menunjukkan masih ada kelercayaan yang diberikan oleh rakyat. Adakah kepercayaan atas kemenangan yang di perolehi oleh individu tersebut adalah semata-mata untuk mempertikaikan hak-hak dan asal usul orang Melayu?… atau kestabilan ekonomi Negara, kestabilan politik Negara dan mengembalikan kepercayaan masyarakat global akan pandangan mereka terhadap Negara kita sebagai sebuah Negara yang stabil dan sesuai untuk menarik pelaburan asing merupakan satu perkara yang harus difikirkan, diperbincangkan dan di beri penekanan yang sewajarnya?

Jika inilah, hasil dari laungan PKR dengan menimbulkan sentiment perkauman, sampai disini sahajalah kepercayaan kami terhadap laungan “reformasi” yang di jerit pekik kan. Tidak akan tercapai hasrat peralihan kuasa yang di war-warkan selama ini.

Tindakan tidak cerdik segelintir daripada mereka yang telah di beri mandat dan kepecayaan sehingga mengundang penglibatan Raja-Raja Melayu dan dianggap mencemar Duli.

Raja-raja Melayu telah menghadiri mesyuarat Majlis Perundingan Raja-Raja dan mengeluarkan kenyataan akhbar khas yang mana bertujuan untuk mengatasi segalal kekusutan yang telah berlaku.

“Kenyataan akbar yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.

Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan  Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

“Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang diPertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

We should know who we are and where we were standing……………

2 Respons

  1. Rakyat yang berada di bawah naungan raja Melayu bermakna rakyat Melayu. Maka rakyat Melayu tentulah Melayu bahasanya. Kalau belum Melayu bahasanya, rakyat Melayukah ia…atau masih asing jiwanya di sini…fikir-fikirkanlah.

  2. bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan. sebagai rakyat perlu mengaggungkan bahasa kita. x perlu membanggakan bahasa asing. generasi muda perlu celik…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: