Liga Pencalunan dalam UMNO 2009

Hangat..! Hangat…!!! hangat…!!!! Pencalunan UMNO 2009 menyaksikan satu liga yang penun sensasi. Najib mongolia mendahului dan merangkul 30 pencalunan mengatasik Ku Li yang mana masih belum mendapat sebarang pencalunan untuk jawatan President UMNO.

Sementara itu Muhyidin Yasin, masih mengekalkan pencalunan yang tertinggi mengatasi “Datuk Pemurah”, Mohd. Ali Rusatam dengan perbezaan yang sangat jauh bagi jawatan Timbalan President UMNO. Mungkin ramai rakyat Malaysia tidak lagi gemar menonton wayang hindustan, dan langkah Mohd. Ali Rustam menganugerah gelaran “Dato” kepada Shah Rukh Khan tidak mendapat sebarang reaksi yang membanggakan.

Sementara itu, Hishamuddin Tun Hussein terus mendahului dengan mendapat 25 pencalunan bagi jawatan Naib President, meninggalkan jauh di belakang Shapie Apdal, Zahid Hamidi, Khaled Nordin, Pak Mid Albar, Rasi Yatim, Isa Samad, Shahidan Kassim, JJ, Mohamad Hassan dan Anuar Musa.

Rafidah Aziz yang didesak supaya memberi laluan kepada Sharizat, mendahului dengan mendapat 52 pencalunan berbanding 12 pencalunan oleh Shahrizat. Kalau dari segi logik, jika jumlah pencalunan itu hampir dan tidak jauh berbeza, maka secara logiknya juga boleh lah kita mendesak supaya Rafidah memberi laluan kepada Shahrizat sebagai peneraju Ketua Wanita. Malahan, Shahrizat masih gagal untuk memperoleh bilingan pencalunan yang minima tetapi desakan telah di lakukan supaya Rafidah berundur dan memberi laluan  kepada Shahrizat. “makcik-makcik kat luar sana, negara kita nie dah merdeka lama dah… kita ni demokrasi dan sekarang nie nak menegakkan demokrasi, takder nak main bodek-bodek der… zaman ikut-ikutan dah lapuk dah makcik ooooooooiiii…. siapa yang dapat sokongan maka dialah pemimpin”

Jawatan Ketua Pemuda menampakkan persainan yang dramatik dan tragis. Sebelum Pak Lah mengumumkan pengunduannya dari dalam Parti, Khairi memperoleh lebih daripada 71 pencalunan meninggalkan pesaing-pesaingnya yang lebih berpengalaman. Namun setelah pengumuman pengunduran di buat oleh Pak Lah, jumlah pencalunan beliau telah menurun dan menjunam sehingga beliau harus bekerja keras untuk melayakkan diri untuk bertanding dengan mendapat 39 penclunan minima. Datuk Mukhriz Mahathir melayakkan diri dengan meraih 41 pencalunan, 49 % lebih dari KJ.

Ternyata jelas, sokongan yang diberikan kepada KJ selama ini hanyalah topengan di dalam drama pentas “kepimpinan Pak Lah”. Adakah KJ pelakun utamanya? Ini lah politik kita, siapa berkuasa dialah yang di sokong, selagi kita ada kuasa, atau selagi “mertuaku” berkuasa sokongan akan diberi dengan mengharapkan sesuatu di sebaliknya. Apabila, ada berita di war-warkan bahawa kuasa itu akan berpindah milik, maka sokongan itu akan beralih arah dan perkara yang sama akan beraku kepada setiap pemimpin negara kita. Seolah-olah, sokongan kita ini seperti lalang yang sentiasa menurut desiran arah angin. Adakan sikap bodek, ampu, kipas dan lambung ini akan di lenyapkan dan kepimpinan sebenar melalui tauladan akan di terapkan oleh PKR, walaupun jika benar-benar berlakunya peralihan kuasa nanti? Mungkin iya……. mungkin tidak??

Bagi jawatan Ketua Puteri UMNO, kelima-lima calun layak untuk bertanding dan selepas ini kena pakai “mekap dan lipstik” kasi “cun-cun” sikit sebagai teknik mendapat sokongan dan pencalunan. Telah sampai, masanya Puteri UMNO mengorak langkah sebagai pelapis untuk menerajui kepimpinan Parti UMNO, yang ada dah tua-tua semuanya, kudrat pun dah tak kuat. Inilah laluan yang harus di berikan dan di sokong bagi menjamin kesinambungan Negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: