Desakan Keatas Pak Lah

Pak Lah akhirnya mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai President UMNO di dalam pemilihan parti yang di tangguhkan sehingga Mac 2009.

Pengumuman Pak Lah yang sedia termaklum oleh semua pemimpin dibuat sehari sebelum Mesyuarat Bahagian Parti yang di adakan pada 19 October yang lalu. Ahli-ahli parliment Permatang Pauh akur dengan keputusan Pak Lah atas desakan supaya melepaskan jawatan yang di sandangnya lebih awal daripada pelan peralihan kuasa yang sepatutnya berlaku pada Jun 2010.

Jika kita imbas kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas pilihan raya umum yang lalu, BN telah kehilangan kerusi sebanyak 2/3 di parliment dan penaklukan negeri-negeri seperti Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Tambahan lagi, dengan penarikan keluar SAPP dari komponen BN meninggalkan tamparan yang begitu hebat terhadap Pak Lah dan lebih menyiksakan apabila, DSAI menang dengan majoriti yang besar di Permatang Pauh.

Najib yang telah di beri mandat dan kepercayaan sebagai pengarah pilihanraya kecil tersebut yang sering di lihat di Permatang Pauh ternyata GAGAL menjalankan tanggungjawab beliau dan segalam kesalahan diletakkan di bahu Pak Lah sebagai orang yang bertanggungjawab. Justeru itu, kekalahan yang “dasyat” memberikan desakan yang hebat kepada Pak Lah oleh bekas Naib President UMNO, Muhyidin Yassin supaya Pak Lah melepaskan jawatan dengan lebih awal.

Kini Najib di canang-canang sebagai pengganti Pak Lah sebagai President UMNO dan secara langsung menjadi Perdana Menteri yang ke 6. Itu pun kalau Najib menang dalam pemilihan President UMNO yang bakal diadakan tidak lama lagi nanti.

Akan tetapi, persoalan yang timbul kini adakah Najib mampu untuk menerajui Negara dan sebagai pucuk pimpinan Parti dan mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap BN dan UMNO? Jika kita selidik dari segi sejarah, Najib merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Kedua Malaysia iaitu, Allahyarham Tun Abd Razak. Adakah kemampuan allahyarham di warisi oleh Najib? Tidak semestinya dan daripada apa yang berlaku, ternyata Najib terlalu lemah dan tidak setanding dengan kelayakan yang di perlukan oleh seorang Perdana Menteri.

Lalu timbul persoalan, adakah pilihan yang di buat oleh Pak Lah melepaskan jawatan yang disandangnya awal dan memberikan laluan kepada Najib sebagai satu langkah yang positif atau sebagai melepaskan batuk di tangga? Kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu pisang berbuah dua kali dimana pernah di lakukan pada satu ketika dahulu apabila TUN memilih Pak Lah sebagai penggantinya.

Ternyata tekanan demi tekanan telah diletakkan keatas Pak Lah dan kini tekanan bukannya hanya daripada parti pembangkang, malahan daripada parti komponen BN sendiri. Adakah tekanan ini datangnya daripada pandangan yang positif demi kemajuan Negara atau sekadar ingin menunjuk-nunjuk akan kesetiaan yang akan di curahkan kepada Najib yang di war-warkan sebagai penganti Pak Lah dan seterusnya menjadi Perdana Menteri yang ke 6?

Dari apa yang di teliti, kekusutan dan tekanan yang dialami oleh Pak Lah bukan hanya disebabkan oleh kelemahan beliau untuk memimpin, malah sebahagian besar daripadanya adalah dirasakan disebabkan oleh tiadanya sokongan yang padu daripada pemimpin-pemimpin yang duduk didalam kabinet Menteri Pak Lah. Masing-masing ingin melihat kejatuhan Pak Lah, dan mendesak supaya Pak Lah melepaskan jawatan dengan lebih awal.

Jika benar Pak Lah lemah didalam kepimpinannya, ternyata menteri-menteri didalam kabinetnya juga merupakan menteri yang lemah. Adakah dengan mengundurkan Pak Lah membawa perubahan yang mendadak dengan sokongan daripada jemaah menteri yang sama? Secara logiknya, jika kegagalan Pak Lah mengundang pengunduran beliau dari jawatan yang disandang, maka jemaah-jemaah menterinya juga harus di undurkan. Ini adalah kerana secara logiknya juga, menunjukkan akan kelemahan pentadbiran Kerajaan.

Adakah dengan memilih Najib akan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN, sedangkan rakat Malaysia tahu akan kelemahan dan masalah yang di hadapai oleh Najib terutamanya di atas kes Altanthuya Saribu?

Sebelum peralihan kuasa berlaku, adalah wajar bagi Najib dan semua menteri kabinet Pak Lah memenangi hari rakyat dan mengembalikan kepercayaan terhadap BN dan UMNO. Bukan hanya peralihan kuasa yang harus dilakukan dan ianya dianggap selesai. Namun kepercayaan rakyat akan kepimpinan itu amatlah perlu. Jika tiada kepercayaan, walau diletakkan sesiapa sekali pun, tidak akan merubahkan keadaan dan kita akan senantiasa menunding jari menunjukkan kelemahan sesama sendiri.

Rakyat Malaysia adalah rakyat yang berdedikasi, berpendirian teguh, berwawasan dan tidak sama sekali menyokong tanpa menyedari akan apa yang berlaku. Kita mahukan kemajuan Negara, kestabilan ekonomi yang jitu, kita beraja berdaulat dan kita tidak mengampu untuk kepentingan peribadi, lebih-lebih lagi didalam pengurusan Negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: