Kita fikir sebentar

Kelemahan kesinambungan Pak Lah menerajui pucuk kepimpinan Negara menjadi buah mulut masyarakat Malaysia masa kini.

Akan tetapi, persepsi telah dibuat dimana tanggapan Pak Lah yang mana beliau akan senantiasa mendapat sokongan padu daripada barisan Menteri kabinetnya adalah meleset semata-mata. Pak Lah gagal meraih sokongan padu daripada barisan hadapan yang diharapkan dimana masing-masing hanya bertopengkan kesetiaan dan memendamkan kepentingan peribadi.

Secara nyata, tiada sokongan padu yang diterima oleh Pak Lah sepanjang khidmat beliau semenjak menerajui pucuk pimpinan negara. Seolah-olah barisan hadapan yang di senaraikan oleh Pak Lah menampakkan kelemahan kepimpinan beliau. Sepatutnya, barisan hadapan inilah yang memberi sokongan yang padu dan jitu kepada Pak Lah bagi menjana pembentukan Kerajaan yang beretika dan kukuh.

Setelah meneliti dan memerhati pergerakan politik negara kita, ternyata kelemahan Pak Lah didalam pemerintahannya secara amnya merupakan ketandusan sokongan padu dan jitu daripada barisan hadapan yang di sepatutnya melakukan tugasan dengan bersih, cekap dan amanah serta memberi sokongan padu kepada pucuk pimpinan.

Adakah kemerosotan UMNo dan barisan Nasional berpunca dari Pak Lah? kalau nak di ikutkan dari segi logiknya, ketua adalah segalanya samaada naik atau pun turun ianya merupakan tanggungjawab ketua. Tetapi pernahkan berlaku seorang Perdana Menteri menerajui sesebuah negara sendirian? Bukankah meneri kabinet itu di bentuk bagi membantu dan menyokong pucuk pimpinan untuk kemajuan sesebuah Negara?

Seolah-olah ada yang mengambil kesempatan dan menunggu masa melihat kejatuhan Pak Lah. Namun kesemua ini pasti akan dapat di bendung jika PAK LAH bertindak dengan lebih TEGAS!!!!! Masa belum terlambat, masih ada masa untuk memperbetulkan keadaan.

Tindakan PKR menghantar surat kepada Pak Lah untuk membuat pertemuan bagi memastikan peralihan kuasa berlaku dengan aman dan demokrasi masih menjadi tanda-tanya yang tiada menghasilkan apa-apa jawapan yang pasti dan nyata. Adakan ini merupakan sebahagian daripada program 916 yang terpaksa di laksanakan?  Dimanakah tahap kekukuhan PKR secara logiknya? Apakah keyakinan yang mendorong rakyat menyokong tindakan DSAI untuk menubuhkan kerajaan baru?

Adakah ianya hanya dapat dilihat selepas peralihan kuasa berlaku? Adakah ianya akan membawa kebaikan kepada rakyat atau keadaan akan menjadi lebih buruk dari sekarang?

Rasanya peralihan kuasa masih belum “layak” dilakukan, kedua-dua pihak haruslah bekerja lebih membuktikan keperihatinan kepada rakyat dan negara. Masih terlalu awal untuk membuat tanggapan terhadap sesiapa pun samaada Pak Lah mahupun DSAI, BN ataupun PKR.

Kenapakah pas mengalami kekalutan? Adakan setelah kerajaan baru di bentuk kekalutan ini berlanjutan keatas DAP maupun PKR sendiri?

Ini bukan satu sokongan atau cemuhan kepada sesiapa mahupun sebarang pihak, tetapi ini merupakan satu perkara yang harus kita fikirkan, kerana kita tidak mahu menyesal di belakang hari. Kita tak sokong membuta tuli dan tidak mencemuh tanpa sebarang bukti.

JANGAN JADIKAN MASALAH PERIBADI SEBAGAI MASALAH NEGARA DAN JANGAN JADIKAN KEPENTINGAN NEGARA SEBAGAI KEPENTINGAN PERIBADI.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: