Jumpa PM sebelum mengadap Agong untuk bentuk kerajaan

September 16, 2008

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat berharap Pak Lah bersedia mengadakan pertemuan secepat mungkin bagi memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman dan demokratik.

Dato Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah ini penting bagi membolehkan Pakatan Rakyat mengemukakan senarai nama Ahli Parlimen BN yang telah memberi komitmen untuk bersama-sama membentuk Kerajaan baru.

Sambil menaruh keyakinan Pak Lah akan mengadakan pertemuan itu, beliau berkata selepas bertemu Perdana Menteri, beliau akan memohon mengadap Yang diPertuan Agong untuk mendapat mandat penubuhan kerajaan baru.

Walaupun melepasi tarikh 16 Sept, ia penting kerana proses ini harus dilakukan secara teratur, aman dan demokratik berasaskan Perlembagaan Negara. Oleh itu, Pakatan Rakyat memberi masa beberapa hari pada PM untuk membuat keputusan berhubung pertemuan itu dan PM tiada sebab untuk menolak..,” kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat. Yang turut hadir Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar.

“Setakat ini, jumlah Ahli Parlimen yang memberi komitmen lebih 31 orang dan ia bertambah dari semasa ke semasa. Ini bukan omong kosong. Kita ada jumlah mencukupi. Kita sudah bersedia melakukannya. Jika tiada respons selepas beberapa hari, Pakatan Rakyat akan menentukan tindakan selanjutnya.”

Sambil berkata ada antara yang memberikan komitmen itu berjawatan Menteri, Timbalan Menteri dan pemimpin utama pelbagai parti, beliau enggan memberikan senarai nama mereka berkenaan kerana mendakwa bimbang mereka akan diugut.

Yang penting, Perdana Menteri harus memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan ISA dan sebarang bentuk sekatan kepada perubahan kerajaan, kata Anwar sambil menegaskan bahawa Pakatan Rakyat memberi ruang waktu yang mencukupi, kerana memahami suasana politik PakLah kini berada dalam keadaan genting dan terdesak.

Semalam, wakil Pakatan Rakyat menghantar surat kepada Abdullah untuk mengadakan pertemuan.

 sedutan dari perak daily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: