Pak Lah dan Belanjawan 2009

Pak lah di katakan merupakan seorang pemimpin yang sangat lemah berbanding dengan pemimpin-pemimpin negara yang lain. Ini adalah berdasarkan prestasi beliau yang tumpul sepanjang tempoh pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri.

Di katakan juga, Pak Lah merupakan punca perpecahan orang Melayu dan perbalahan didalam parti komponen Barisan Nasional. Kredibiliti dan keupayaan paklah sentiasa di pertikaikan dimana Pak Lah cuba berlakun sebagai “clean man” sedangkan ahli keluarganya mengaut segala keuntungan dan merampas hak rakyat secara nyata. Tidak menjadi keberatan pada Pak Lah, untuk melepaskan jawatannya yang telah di rancang rapi sehingga 2010 dimana keluarga beliau di jangkakan akan mengaut untung yang besar dengan memeras dan meragut hasil negara dan rakyat.

Apakah itu benar? Wallah hu a’lam, kesemuanya masih didalam kesamaran.

Di nyatakan juga belanjawan Negara 2009, Pak Lah mengambil jalan singkat tanpa berfikir panjang mengenepikan hak-hak rakyat di negeri-negeri yang di perintah oleh PR. Tindakan Pak Lah yang terburu-buru dan jelas menghukum rakyat hasil daripada kesilapan yang telah beliau lakukan, bakal mengundang masalah yang mana menjamin pencapaian rancangan PR untuk mengambil alih Kerajaan di dalam masa terdekat ini.

Didalam Belanjawan Negara 2009 yang di bentangkan, lebih kurang 3.3 billion ringgit bakal di peruntukan secara tiba-tiba untuk Sabah dan Sarawak. Adakah langkah ini merupakan umpan Pak Lah untuk memancing ahli-ahli Parliment sabah dan Sarawak yang bakal menyeberang ke Parti PR? Tindakan Pak Lah yang tidak terancang menimbulkan pelbagai soalan yang mana akan lebih menebalkan kesangsian masyarakat terhadap beliau. Lebih-lebih lagi Pak Lah tidak pernah berpegang kepada janji-janji beliau. Keputusan Pak Lah yang dikatakan tidak profesional sering berubah-ubah dengan alasan yang tidak munasabah.

Adakah semua ini akan dikotakan? Adakah Pak Lah yang selama ini ternyata kelemahannya akan berpegang kepada janji-janji manis beliau?  

Kenyataan TUN yang mengambarkan BN sebagai TITANIC yang sedang menuju untuk merempuh Pakatan Rakyat yang di gambarkan sebagai “ice berg”. Kapal raksaksa BN sudah lama, sudah tua dan rapun bakal merempuh Pakatan Rakyat yang baru dan kini semakin kukuh, bakal menemui kehancuran dan tengelam bersama-sama kapten dan anak-anak kapalnya.

Sama-sama kita nantikan kedatangan 16 September 2008, cuma tinggal beberapa hari lagi didalam bulan Ramadhan ini. Adakan Anwar akan menjadikan kenyataan beliau satu realiti atau ianya hanya satu fantasi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: