Kes tuduhan rasuah Exco Perak

2 Exco Perak telah didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh pagi ini menerima rasuah dari seorang usahawan untuk membantu membangunkan 90 ekar tanah di Pusat Seri Iskandar dengan usahasama Majlis daerah Perak Tengah.

Sebelum ini panel peguam tertuduh menyatakan tidak ada alasan yang sebenar dan kuat yang boleh mensabitkan mereka boleh ditahan reman hingga tuduhan yang diada-adakan seperti yang dikaitkan dengan seks. Orang ramai melihat bahawa ini adalah usaha akhir yang dilakukan oleh pihak yang merancang supaya isu ini mendatangkan ‘advantage’ kepada BN dan mengurangkan undi DS Anwar di Permatang Pauh yang akan berlangsung. 

Sementara menunggu mahkamah bersidang, kelihatan mereka yang terbabit dengan kes tersebut bersama peguam dan keluarga mereka meluangkan masa untuk bersarapan di kantin mahkamah yang berhampiran.Ruang mahkamah dipenuhi dengan orang ramai yang bersesak-sesak mahu mengikuti sebutan kes tersebut.Hampir 100 orang telah turut serta didalam Mahkamah Seksyen 3 di Ipoh. Ramai pemberita bersama juru gambar dan orang ramai memenuhi ruang luar mahkamah sesyen seawal jam 9.00 pagi.

 

 

 

Usaili Alias telah didakwa bersama seorang Exco Pertanian Negeri Perak, Jamaludiin Mohd Radzi menerima wang sogokan daripada seorang usahawan bernama Imran untuk membantu membangunkan 90 ekar tanah di Pusat Seri Iskandar dengan kerjasama Majlis Daerah Perak Tengah.Masing-masing telah dikenakan ikat jamin RM8 ribu.Sebelum itu, Usaili juga telah di dakwa secara sendirian menerima wang sogokan dan diikat jamin dengan RM8 ribu juga.

Apabila sebutan tuduhan menerima rasuah di dikemukakan di Mahkamah Seksyen 4, sekali lagi Usaili di sabitkan bersama bersama Exco Pelancungan Negeri Perak, Mohd Osman Mohd Jailu.Kali ini masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM15 ribu seorang dengan masing-masing seorang penjamin.

 

 

Selain mereka, ahli majlis Perak Tengah, Zul Hassan dan bekas pemain bola sepak Perak , seorang teknisyen di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP),Ruslan Sahat telah turut didakwa.Mereka yang dikenakan tuduhan tersebut telah diwakili oleh satu panel hakim yang seramai 13 orang.

Perbicaraan mereka akan diadakan pada 15 September 2008 yang akan datang.

 

 

Kekecohan dan kemelut rasuah ini masi menjadi tanda-tanya, dimanakah pemberi rasuah tersebut? Adakah penerima rasuah sahaja yang ditangkap sedangkan pemberi rasuah masih bebas diluaar menjalankan kegiatan yang di katakan tidak bermoral itu? Demi untuk membersihkan nama dan menyelesaikan segala masalah yang timbul, pemberi rasuah hendaklah sama juga di tangkap dan di letakkan pada kedudukan yang sama dengan kedua Exco Perak itu.

Masyarakat telah mula menjangka, konspirasi baru akan bermula tidak lama lagi seperti mana yang berlaku terhadap DSAI.

scope dari telokbakongonline

Satu Respons

  1. apo kocik na tulisan ni jang, sakit mato pak cik nak mombaco eh ni…ekau bia boto..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: