Dari “derrick/monkeyboard” penulis

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang satu ketika dahulu di hantui oleh finah yang mencemarkan nama baik beliau sebagai pemimpin, justeru menghancurkan kerjaya beliau di dalam arena politik.

Namun, kebangkitan semula DSAI kini menjadi sejuta halangan di kalangan teman seperjuangan beliau yang pernah satu masa dahulu berkompromi menjatuhkan beliau sehingga ke lembah yang telalu hina dimata masyarakat.

Kini kisah dan kenangan pahit didalam tahun 1998 di uji semula terhadap DSAI. Namun dari segi fizikal DSAI yang telah berumur, beliau masih kuat bertahan dan mampu melawan segala tohmahan yang di timpakan keatas beliau. Kali ini seorang anak muda yang tidak ketahuan asal-usulnya menerjah kehadapan menguji ketabahan dan kekentalan maruah DSAI. Anak muda yang belajar tak habis ini, sanggup menjualkan maruah dirinya sendiri dengan menjadikan lubang “dubur” beliau sebagai isu hangat demi untuk menjatuhkan DSAI.

Siapakah Sai-fool? Adakah budak mentah ini, dijadikan machai didalam kemelut politik Malaysia kini? Bukan isu siapakah Sai-fool yang kini di perbicarakan, yang hangat di pasaran sekarang ialah “sumpah lahanaaaaaaaaaaatttt…..” yang di lafazkannya di hadapan orang yang mengaku dirinya sebagai Imam besar si “Jembalang Perigi”.

Kenyataan Sai-fool yang mana beliau menegaskan berkali-kali bahawa beliau telah melafazkan sumpah memohon allah melaknat diri, keluarga dan seluruh keluarga beliau selamanya walaupun tidak kelihatan dimata kita namun di saksikan kenyataan beliau itu oleh berjuta rakyat Malaysia. itu tidak termasuk masyarakat global. Sumpah bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan. Iblis pernah bersumpah dihadapan “ALLAH” untuk mengoda manusia dan menyesatkan manusia daripada jalan yang benar, maka ALLAH swt telak melaknat Iblis pada ketika itu.

Penulis tidak bersetuju DSAI melafazkan sumpah dimana-mana, tidak semestinya sumpah itu hanya berlaku di Masjid, malah dimana-mana juga kera manusia yang ter laknat akan di timpa bala yang “dasyat” daripada ALLAH swt. Hanya memadai dengan memberi kenyataan diatas nama ALLAH yang maha besar.

Sebab itu sebelum kita buat sesuatu, dimulaiiiiiiiiii dengan “Bismillaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……” dan disudahi dengan “Alhamdulillaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh…………….” Itu hakikatnya. Kebenaran itu dipohon dari ALLAH bukan dari manusia atau media-media, meraih simpati masyarakat dan menimbulkan pelbagai tohmahan dan ditakuti melanggar adap-adap di dalam Islam.

Penulis juga menyarankan supaya agar semua mereka yang terlibat ini berhenti bermain sandiwara politik ini dengan mengaitkan agama Islam. Islam adalah agama sejagat dan tida keraguan di dalamnya. Berhentilah daripada menjadikan Islam sebagai topeng untuk mengaburi mata masyarakat dan jadikanlah Islam sebagai pegangan hidup selamanya.

Kepada mereka yang tidak mengerti, agama kita Islam di Malaysia yang mana menjadi agama resmi dah di junjung tinggi telah mula di permainkan sendiri oleh orang-orang yang tertentu yang mana mengakui diri mereka Islam. Apa nak jadi? Yang salah itu adalah pesalah yang mana mereka harus dihukum, manakala yang tidak bersalah itu adalah bertanggungjawab membetulkan mana-mana yang salah atau tersalah. itu sahaja.

Kini semakin hari semakin ramai yang terlibat dan melibatkan diri samaada secara paksa atau sukarela. janganlah kita menjadi dalang/batu api dan menabur fitnah, golongan inilah yang akan terlaknat nanti. jauhkan lah……..

Penulis baru sahaja balik daripada menjalankan tugas seperti biasa, disini telah berkalu sesuatu yang mana membuatkan penulis mahu tergelak atau menangis, begini ceritanya;-

Di pendalaman yang beribu batu jauhnya dari kota, tinggallah sekumpulah masyrakat yang mana di panggil disini “kabilah”. Maka datanglah seorang hamba allah dari kabilah tersebut dan bertanya “Where you from?” Penulis menjawab “Malaysia”. Pemuda dari kabilah itu dengan sepontah menjawab..”Mahathir Mohammed??” dengan menunding jari kepada penulis. Penulis menjawab ” No… Abdullah Ahmad Badawi.” Pemuda dari kabilah tersebut nampak hairan…katanya..”Abdulla… badu???… wein Kabilah?? (dari kabilah mana)”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: