Samsiah (BPR) bersekongkol dengan BN

KUALA LUMPUR, 21 OGOS (SK)- PENGARAH Badan Pencegah Rasuah, Samsiah Abu Bakar didakwa bersekongkol bersama-sama Umno berhubung kes penahanan dua Exco kerajaan negeri Perak.

Ini berdasarkan kepada kenyataan beliau yang mengatakan salah seorang Exco tersebut, Kapt (R) Mohd Osman Mohd Jailu di tangkap di sebuah hotel di bandar raya Ipoh bersama empat orang lain.

Menurut Setiausaha Perhubungan KeADILan Perak, Madzi Hasan yang juga seorang peguam Mohd Osman sebenarnya di tahan di Kluang Station Cafe, Bandar Ipoh Raya berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan dan bukannya di sebuah hotel.

“Kenyataan Samsiah bercanggah dengan fakta dan beliau cuba mengelirukan rakyat dengan mengaitkan penahanan dibuat di sebuah hotel bagi menguatkan teori rasuah seks yang telah beliau bersama Umno rancang,” kata Madzi lagi.

Bangunan Perak Darul Ridzuan menempatkan pejabat rasmi Menteri Besar dan Exco negeri Perak.

Madzi berkata kafe tersebut dikunjungi ramai pelanggan pada masa penangkapan itu dibuat kira-kira pukul 6 petang dan adalah mustahil sesuatu perbuatan rasuah dilakukan di khalayak ramai.

“Ini adalah satu konspirasi yang dirancang oleh Umno Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.
“Agenda ini bertujuan melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat disamping ia dilakukan semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh,” jelas beliau lagi.

Beliau bagaimanapun yakin rakyat terutamanya di negeri Perak tidak akan terpengaruh dengan dakyah dan komplot Umno bersama BPR kerana rakyat sudah matang dan tidak mudah ditipu oleh Umno.

Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke 12 Mach lalu.

Ketika berita ini ditulis, kesemua mereka kecuali Jamaluddin telah dibebaskan berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi mengurangkan perintah reman dari tiga kepada dua hari.

“Langkah hakim tersebut merupakan kemenangan moral bagi kami kerana ini menunjukkan kes rasuah yang cuba dipalitkan kepada kedua-dua exco ini adalah rekaan semata-mata,” kata Madzi.

Sebelum ini dalam kenyataan beliau, Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin penahanan tersebut merupakan konspirasi politik yang dirancang oleh UMNO dan yakin kedua-dua ahli exco itu serta empat lagi rakan mereka telah dianiaya.

Mohammad Nizar juga menafikan kerajaan negeri pernah meluluskan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar yang sebenarnya tidak wujud.

“Kami menfikan projek perumahan yang dikatakan itu diluluskan apatah lagi ia wujud,” beliau berkata.

Mohd Osman, 57, bersama seorang lagi Exco,Jamaluddin Mohd Radzi, 52, di tahan BPR bersama empat rakan Rabu lepas.

Menurut Samsiah, BPR juga merampas RM100,000 yang diperolehi dalam sebuah beg dipercayai kepunyaan Mohd Osman.

Menurut sumber beg tersebut telah diletakkan di atas meja dimana kedua-dua exco bersama rakan mereka berada ketika itu di kafe tersebut.

Lelaki yang tidak dikenali itu kemudiannya lari dan meninggalkan beg tersebut di atas meja.

Pada ketika itulah BPR dipercayai menyerbu dan menahan keenam-enam suspek bersama beg yang mengandungi wang tersebut.

sisipan dari telokbakong.com

miester:- ex boss dulu ada cakap, kalau tak tahu jangan nak memandai bercakap macam tau, tanyalah kepada yang tau supaya kata-kata kita tidak terpesong dari motif dan kesahihan yang nyata. Oleh itu, kita masih dipanding mulia dan di percayai oleh orang lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: