BPR Nafi Kaitan Unsur Seks

sisipan dari blog al hussyen

BPR menafikan ada unsur Rasuah Seks

Pagi ini baru saya teringat satu fakta yang penting tentang pertuduhan rasuah yang melibatkan dua anggota exco negeri Perak sewaktu perbicaraan ‘review’ di Mahkamah Tinggi Ipoh KHAMIS,21 OGOS 2008.

Berkenaan dengan ‘Sexual Bribery’ . Peguambela mempertikaikan tentang motif penangkapan tersebut lebih bertujuan untuk mencemar nama Parti Keadilan Rakyat yang terlibat dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh .

Pihak peguambela menuduh BPR telah mengeluarkan kenyataan kepada pihak media yang kononnya ada unsur berlakunya ‘Sexual Bribery’ dalam kes tersebut. Tuduhan tersebut telah disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan dan di televisyen.

MStar melaporkan : “Mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks,” kata ibu pejabat BPR di Putrajaya dalam satu kenyataan hari ini.

Pendakwaraya Mohd Jazamuddin Ahmad Nawawi dengan muka sadin tanpa malu telah menafikannya. Orang ramai mulalah bersoksek sesama mereka sebab memang ternyata berita diakhbar dan media elektronik ada mengaitkan kes tersebut dengan unsur rasuah seks.

Takanlah pihak media pandai-pandai buat berita sendiri.Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kena perjelaskan perkara tersebut kalau benar dakwaannya, “Saya kecewa apabila BPR dituduh konspirasi, sekongkol dengan parti pemerintah, itu tak benar. Ini kes jenayah, kita dah tangkap ramai, bekas ketua pengarah Imigresen, pegawai kanan polis pun, kita terpaksa

Takut kalau-kalau orang ramai kurang percaya cakap Ketua Pengarah BPR , Ahmad Said itu, Najib juga menyangkal kononya tindakan BPR itu bermotifkan politik dan ada hubungkait dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Anda boleh percaya kata-kata Najib dan Ahmad Said tu? Macam mana Saya nak boleh percaya kepada mereka berdua tu bila saya saksikan sendiri penafian Mohd Jazamuddin dalam Mahkamah Tinggi yang menafikan BPR pernah mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan kes tersebut dengan unsur ‘Rasuah Seks’

Saya bertanyakan kepada Asri, salah seorang peguambela kes tersebut “Mengapa dia bohong tentang ‘Rasuah Seks’ itu?”

“Dia tidak mahu hakim merekodkannya,” jawab Asri pendek.

Mungkin Mohd Jazamudin , Najib, Ahmad Said dan lain-lain konspirator lupa yang Rakib dan Atid tetap merekodkan setiap perlakuan kita semua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: