Harga Petrol Turun 15sen Seliter Mulai esok.

Harga baru petrol akan di perkuat kuasakan tengah malam ini dengan penurunan sebanyak 15sen seliter manjadikan harga pasaran semasa RM2.55 seliter, manakala diesel di turunan 8sen menjadikan harga pasaran semasa pada tahap RM2.50 seliter.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan hari ini.

Jemaah Menteri hari ini telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh penguatkuasaan pelarasan harga petrol baru. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira penurunan harga minyak dunia sejak beberapa minggu kebelakangan ini serta peningkatan kadar inflasi ke tahap lebih tinggi pada bulan Julai 2008.

Berdasarkan harga RM2.50 seliter ini, subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan untuk diesel ialah sebanyak 50 sen setiap liter. Pelarasan harga runcit petrol dan diesel ini akan berkuatkuasa mulai esok, 23 Ogos 2008. Pada 1 Ogos 2008, Kerajaan telah mengumumkan bahawa harga runcit petrol sehingga akhir tahun ini akan diselaraskan pada 1 haribulan setiap bulan, dengan penetapan subsidi 30 sen seliter.

Namun, formula pelarasan harga pam ini hanya akan dilaksanakan sekiranya harga runcit bagi petrol kurang daripada RM2.70 seliter. Sekiranya harga pasaran bagi petrol melebihi RM2.70 seliter, maka harga akan tetap berada pada RM2.70 seliter.

Pelik tapi benar, semasa harga pasaran dunia minyak mentah naik, tanpa segan dan silu atau rasa bersalah, ianya dinaikkan dengan mendadak. Kini harga pasaran dunia minyak mentah telah jatuh jauh daripada angka pasaran dunia namun lebih rendah dari harga sebelum kenaikan harga minyak di umumkan, namun penurunan yang di janjian ialah 15sen. Sama-sama lah kita tunggu segala janji-janji Pak lah yang seperti ton kosong. Politik Negara kita seolah-olah tercemar setelah Pak Lah mula menerajui pucuk pimpinan.

Adakah pnurunan ini sebagai usaha BN untuk memancing undi di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang bakal berlangsung tidak lama lagi nanti? Apa kata rakyat Malaysia?

Rakyat Malaysia mengatakan, “Anwar akan menang besar di Permatang Pauh. Anwar akan duduk semula di dalam Parliment dan segala penyelewengan akan terbongkar”. Adakah kenyataan ini benar atau sekadar omongan kosong sepeti omongan Pak Lah?

Sama-sama kita nantikan.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: