Di saat-saat akhir riwayat nenek Siti

Nenek SITI dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma.

 Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan Lebai SEMAN (tukang do’a) agar di doakan. Sedang asyik Lebai SEMAN berdoa, tiba-tiba muka nenek SITI bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek SITI minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek SITI untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Lebai SEMAN.

Sambil terus berdoa Lebai SEMAN langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan nenek SITI. Tak lama kemudian nenek SITI meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek SITI, Lebai SEMAN diundang untuk datang kerumah aruwah nenek SITI untuk membaca doa, kenduri aruwah.

Selesai memimpin do’a, Lebai SEMAN berbicara, “Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhumah nenek SITI yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya”.

Lebai SEMAN membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :

“Oiii SEMAN jangan berdiri di situ…! Jangan pijak saluran oksigen aku..!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: