Asal Usul Negara Denmark

Arakian telah tertulis dalam kitab maktub sejarah-sejarah asal usul negara dunia, tersebutlah sebuah kisah bagaimana kisahnya negara Denmark mendapat nama untuk negaranya. Sejarah ini masih tertulis dan di simpan secara rahsia oleh Kerajaan Denmark.

Adapun, Makcik Kiah, seorang pencuci kapal layar milik tentera portugis yang berasal dari Ulu Sepori, Chongkau, Nogori Sombilan.

Ketika Kapal layar portugis mendarat di Melaka, makcik Kiah telah berjaya merebut tender kerja mencuci didalam kapal tersebut. Oleh kerana “tender” mencuci kapal-kapal tersebut bersaiz sederhana besar, maka Makcik Kiah pun mengambil anak-anak beliau seramai 11 orang sebagai pekerja-pekerjanya secara kontrak “daily rate”.

Setelah lebih 3 tahun Portugis menjajah Melaka, kini tibalah masa untuk mereka meninggalkan Melaka. Makcik Kiah yang sangat rajin dan disayangi oleh ketua Portugis itu turut dijemput untuk ikut belayar meninggalkan melaka. Maka makcik Kiah kenelah ikut sambil membawa 11 orang anak lelakinya.

Arakian setelah sepurnama belayar, tibalah mereka di sebuah negara yang tidak diketahui namanya. Maka inginlah dijajah juga oleh orang portugis itu. Maka mendaratlah tentera Portugis untuk menyerang, namun tentera negara itu sudah bersiap sedia untuk menahan asakan tentera portugis. Akhirnya semua tentera portugis mati di bunuh di dalam peperangan. Tinggallah makcik Kiah dan 11 orang anaknya. Mereka ditangkap dan dibawa ke hadapan raja. Raja itu bertanya kepada makcik Kiah ” Hoi pompuan tua, tahukah kau nama negara ini?”. Makcik Kiah pun berkata “tak tau den tuanku!”.

“Ciss..Pompuan bodoh, nama negara ini pun kau tak tau.” tempik Raja.

Makcik Kiah terasa malu apabila beliau dikatakan bodoh dihadapan anak-anaknya. Lalu makcik Kiah menjerit ke anaknya. “Tak guno punya anak, namo negaro ni pon ekau tak tau, sapo bodo? Omak ko ekau bodoh?”. Lalu anak pertamanya menjawab ” Den mak”. Ditanya berulang-ulang kali dan kesemua anaknya menjawab “den mak”.

Raja yang tak paham bahasa nogori tu mendengar berulang-ulang kali sebutan ‘den mak’ lalu berkenan pula dengan perkataan itu. Raja terus menamakan negara mereka sebagai nama DENMARK kerana nama lama negara mereka sangat buruk iaitu ‘LOMBU’.

Lalu makcik rabeah dilepaskan dan 11 org anak mereka dilatih untuk menjadi pemain bolasepak negara denmark.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: