Kisah berbulan madu.

Mak MInah dan Pak Mat mempunyai 4 orang anak dara sunti yang sangat di sayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Seri.

Pada satu hari Pak Mat dan Mak Minah mengahwinkan anak-anak dara mereka serentak dan seterusnya pergi berbulan madu. Siti  ke  Pulau  Langkawi, Seri pula ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan seterusnya Seri ke Pulau Pangkor.

Sehari sebelum anak-anak mereka bertolak, Pak Mat dan Mak Minah berpesan “nanti jangan lupa hantarkan berita kepada mak dan abah, tak payah tulis panjang-panjang… pakai KOD IKLAN sahaja dah cukup… padat dan tepat..” panjang lebar pesanan Pak Mat dengan Mak Minah kepada anak-anak kesayangan mereka.

Seminggu kemudian, Pak Mat dan Mak Minah menerima sekeping poskad dariu SITI yang tertulis “KFC”. Maka segeralah Pak Mat dan Mak Minah tercari-cari akan slogan KFC…. “Sedap Sehingga Menjilat Jari….”.. berbahagialah si Siti tu yer abahnya…. kata Mak Minah.

Keesokan harinya mereka menerima lagi sekeling poskad yang datangnya dari SERI yang bertulis “PEPSI”… maka tercari-carilah mereka slogan iklan PEPSI.. “NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR”.. bahagia juga si Seri tu yer maknye….. kata Pak Mat.

Keesokan harinya juga, mereka menerima sekeping lagi poskad dari MURNI yang tertulis didalamnya “STANDARD CHARTED”…. tercari-carilah Pak Mat dan Mak Minah iklan Standard Charted… “BESAR TEGUN PERAMAH…” bahagialah anak kita si Murni tu yer bang kata Mak Minah kepada Pak Mat.

Seminggu berlalu, masih belum ada perkhabaran dari SURI. Dua minggu berlalu, masih juga tiada perkhabaran, sehinggalah minggu keempat, terimalah Mak Minah dan Pak Mat sekeping poskad yang ditunggu-tunggu semala ini iaitu datangnya daripada SURI dengan isi kandungannya tertulis “AIR ASIA”. Maka tercari-carilah mereka iklan AIR ASIA.

Akan tetapi selepas membaca iklan tersebut, Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tidak berkata apa-apa samaada mau ketawa, tersenyum atau menangis.

“Bahagia ker si SURI tu bang?……” tanya Mak Minah kepada Pak Mat.

“Ntahlah… tak tau macam mana nak cakap” kata Pak Mat sambil berkali-kali membaca iklan AIR ASIA itu. “Apa “MOTO” iklan tu kata bang?” tanya Mak Minah inginkan kepastian dari Pak Mat.

Dengan selamba, kuat dan lantang Pak Mat menjawab ” 7 HARI SEMINGGU – 3 JAM SEKALI – NON STOP”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: