Saiful Angkat Sumpah Dalam Masjid..

Saiful di sahkan telah mengangkat sumpah mengikut Syariat Islam di dalam Masjid Persekutuan, Jalan Duta hari ini.

Acara mengangkat supah itu telah di hadiri oleh ahli keluarga Saiful, beberapa pegawai masjid dan Pengarah JAWI Datuk Che Mat Che Ali. Saiful dikatakan bersumpah bahawa dirinya telah di liwat secara paksa oleh DSAI di dalam kondominium mewah di Damansara.

Saiful dikatakan mengangkat supah dengan mengucap dua kalimah syahadah serta mengadap kiblat,

“Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya. “Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat.”

Akan tetapi walaupun Saiful telah mengangkat sumpah, masih ada kesamaran yang perlu di bendung seperti perakuan bersumpah Dr Osman perihal lapuran pemeriksaan yang telah dilakukan keatas dubur Saiful yang mana tidak terdapat kesan-kesan ianya diliwat.

Perkara “bersumpah” ini seolah-olah menjadi bahanan mainan di Malaysia dan ianya semakin menular dan seolah-olah di perlekehkan oleh sesetengah pihak. Pada satu masa dahulu, pernah berlaku dimana seorang pengedar dadah di tangkap, beliau kemudiannya bersumpah dengan menggunakan Al Quran AL Qarimmsebagai saksi. Namun kebenaran akan kesalahan beliau sebagai pengedar dadah terbongkar akhirnya.

Adakah ini yang berlaku disini?

Dimanakah kebenaran? Adakah Saiful sanggup bersumpah demi mempertahankan aib yang telah menimpa dirinya diatas keterangan bersumpah yang telah dibuat oleh Dr Osman? Seorang doktor yang berpengalaman yang mana menjalankan pemeriksaan terhadap saiful membuktikan dengan lapuran bahawa tiada sebarang tanda-tanda beliau di liwat.

Penyelesaian sewajarnya adalah di tanggan Saiful dan DSAI sendiri, tidak perlu melibatkan orang ketiga. Perkara ini sangat mengaibkan, malah ianya merupakan satu peristiwa aib yang..”DASYAT…..”

miester: saiful dengan DSAI ni kena dok satu meja selesaikan masalah depa nie, dok melangok rumah orang cita sini-cita sana awat? nak publisiti ka? malu eh……….. kalau dok semeja bincang bebaik, insyallah selesai. tak payah panggil reporter, lepaih abih bincang tu panggey la banyak mana pun “press conference” semaunya.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: