Tidak bertanggungjawab atau gentar? – UMNO

Para pemimpin komponen parti Barisan Nasional mneyifatkan tindakan President PKR Datuk Sri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatang dengan seta merta sebagai ahli Parliment Permatang Pauh dan memberikan laluan kepada suami beliau Datuk Sri Anwar Ibrahim adalah amat tidak bertanggungjawab.

Jelas Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai, jawatan anggota Parliment bukanlah harta persendirian yang boleh di warisi atau di tukar hak milik kepada ahli keluarga. Tegasnya tindakan Wan Azizah sangat mengeciwakan pengundi-pengundi yang telah mengundi beliau dan tidak langsung mengundi BN. Oleh kerana kekeciwaan beliau akan tindakan Wan Azizzah itu, Liow yang juga merupakan Pengerusi bahagian Perhubungan MCA Pulau Pinang, telah mengorak langkah mengatur strategi bersiap sedia menghantar bantuan bagi menentukan kerusi Parliment Permatang Pauh itu dapat di rampas balik.

Pemangku President Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Kon berkata, keputusan Anwar untuk bertanding di Permatang Pauh bukanlah sesuatu yang diluar jangkaan, dimana Permatang Pauh merupakan kubu kuat bagi Anwar, dan isterinya yang telah menang didalam pilihanraya 2004, walaupun sebelum ini ianya merupakan kubu kuat BN.

Koh Tsu Kon juga menyatakan bahawa ianya merupakan satu persaingan yang amat sukar bagi BN dan beliau juga memperingatkan BN supaya bertanding secara jujur dan terbaik demi mengembalikan sokongan dah kehormatan daripada pengundi.

Walau apa pun keputusan yang Wan Azizah lakukan, namun kerusi Parliment Permatang Pauh akan di pertandingkan, bukan berlakunya peralihan kuasa. Oleh yang demikian, seluruh rakyat Malaysia bersetuju menyatakan bahawa Datuk Sri Anwar Ibrahim akan menang besar di Pilihanraya Kecil Parliment itu nanti. BN harus sedar, ucapan tan Sri Joh Tsu Kon itu merupakan kata nasihat yang terbaik, BN perlu berhadapan dengan lawan secara jujur, supaya dapat mengembalikan kehormatan dan kepercayaan pengundi terhadap BN.

miester:

Penapisan yang wajar perlu dilakukan bagi menghantar siapa/wakil atau “tukang sorak” di Permatang Pauh.

Rakyat di Permatang Pauh perlu diberikan keyakinan dan penegasan yang sewajarnya supaya dapat menambat hati pengundi. Isu liwat tidak timbul disini, malah akan mengeruhkan suasana dan meniggalkan kesan yang lebih “dasyat” terhadap BN.

BN harus sedar akan apa yang berlaku dan di rasai oleh rakyat, bukan berdasarkan spekulasi yang di canangkan oleh pihak-pihak yang tertentu dijadikan issu utama di Permatang Pauh. Jika ini berlaku, selamat tinggal BN di Permatang Pauh.

“Blacklisted” di Permatang Pauh : Najib & Eizam

Satu Respons

  1. pemimpin tak payah bersuara mewakili rakyat permatang pauh, buang air liur aje. biar la, keputusan piliharaya yang menentukan samada azizah melakukan sesuatu yang memufaatkan mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: