Anwar akui ke kondo mewah, akan beri penjelasan lanjut

Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan pernah ke kondo mewah yang dikaitakan dengan kes kontroversi terkini yang membabitkan pembantu beliau namun butiran berhubung tarikh dan kejadian terbabit akan didedahkan kemudian.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dalam sidang media berhubung isu ‘Najib-Altantuya’ yang didedahkan oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam Perumal di pejabat KeADILan di Petaling Jaya tengah hari tadi.

“Saya mempunyai bukti kukuh dan alibi berhubung kes itu. Kita akan dedahkan dan saya hanya akan memberitahu setakat yang perlu kerana ianya membabitkan soal perundangan,” katanya mengulangi pendiriannya.

Beliau telah menyatakan hal yang sama selepas menghantar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menziarahinya petang semalam.

“Saya tidak pernah kata saya tidak pernah ke sana,” demikian ringkas kata Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di pejabat lamanya di Petaling Jaya.

Beliau mengulas berhubung sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin yang menyatakan pengawal keselamatan yang menjaga pintu keluar masuk utama Kondominium Mewah di Damansara, pernah melihat kelibat beliau.

Mengulas laporan akhbar media perdana itu, Anwar berkata dia tidak pernah menafikan yang beliau pernah pergi ke kondo tersebut namun akan menerangkan lebih lanjut tentang isu itu kemudian.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas laporan akhbar yang sama yang mendakwa bahawa terdapat laporan Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah menemui bukti liwat ke atas Saiful, Anwar menjawab itu adalah masalah Saiful untuk memberi penjelasan.

“Itu masalah dia (Saiful), dia (sendiri) kena menerangkan masalah itu,” katanya tenang, bagaimanapun menurut agensi berita Pengarah HKL telah menafikan yang pihaknya mengeluarkan sebarang maklumat berkenaan rekod pemeriksaan Saiful.

Anwar juga enggan menjawab persoalan samada beliau membawa bersamanya Saiful dalam perjalanannya keluar negeri berikutan beberapa liputan media yang mendakwa tuduhan terhadap Anwar juga berlaku di Singapura, Bangkok dan Hongkong.

“Ada beberapa perkara yang dia perlu berunding dengan peguamnya dahulu kerana penyiasatan sedang berjalan. Apa yang saya boleh katakan adalah, tiada apa yang perlu dibimbangkan,”kata beliau

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: