Pengecualian cukai pendapatan dicadang bagi bajet 2009

PUTRAJAYA 12 Jun — Pengecualian atau pengurangan cukai pendapatan bagi meringankan beban rakyat ekoran kenaikan harga minyak adalah antara cadangan yang dikemukakan semasa Konsultasi Bajet 2009 hari ini.

Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata cadangan itu dikemukakan oleh beberapa Anggota Parlimen Barisan Nasional semasa Konsultasi Bajet 2009 antara Kelab Penyokong Kerajaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Kewangan di Kementerian Kewangan di sini.

“Kita masukkan ini sebagai satu cadangan dan lihat sama ada ia patut dilaksanakan pada bajet ini,” kata Nor Mohamed kepada pemberita selepas menghadiri majlis konsultasi itu.

Pengurangan cukai pendapatan satu hingga dua peratus pernah dibuat semasa Bajet 2002.

Nor Mohamed berkata bahawa pada masa ini, daripada 10.5 juta penduduk Malaysia yang bekerja, hanya sejuta orang sahaja yang membayar cukai.

Mengikut syarat, mereka yang bujang dan bergaji kurang RM2,950 sebulan tidak perlu membayar cukai, dan bagi pekerja sudah berkahwin dan mempunyai anak, tidak perlu membayar cukai jika bergaji kurang RM3,200 sebulan.

Daripada sejuta pembayar cukai, hanya 38,000 orang membayar cukai pada tahap yang tinggi iaitu 28 peratus cukai.

Cukai pendapatan menyumbang RM10 bilion kepada anggaran hasil negara sebanyak RM147 bilion pada tahun ini.

Nor Mohamed berkata Bajet 2009 juga akan memberi fokus kepada penambahbaikan pengangkutan awam di seluruh negara.

Ini termasuk langkah kerajaan membeli bas untuk kegunaan bukan sahaja di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tetapi di tempat-tempat lain, di samping memberi insentif kepada pengusaha pengangkutan awam.

Nor Mohamed berkata bahawa ketika ini 20 peratus rakyat menggunakan pengangkutan awam berbanding 50 hingga 70 peratus di Barat.

“Usaha sedang dijalankan untuk menggalakkan sehingga 40 peratus orang ramai menggunakan pengangkutan awam dalam tempoh beberapa tahun ini,” katanya.

utusan malaysia 12 June 2008

cadangkan supaya semua individu di Malaysia di wajibkan bayar cukai, menteri, timbalan menteri dan perdana menteri sekali. Pak Lah nie cakap tak serupa bikin, selalu dia sendiri tak tahu apa yang dia telah cakap…!!!

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: