Putera UMNO mahu Mukhriz henti desak PM

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Putra UMNO merayu Exco Pergerakan pemuda Datuk Mukhriz Mahathir berhenti mendesak Perdana Menteri Malaysia melepaskan jawatannya.

Jelas beliau, tindakan Mukhriz itu adalah tidak wajar dan selakupemimpin muda negara, penghormatan haruslah diberi kepada president UMNO tersebut. Beliau juga meminta Mukhriz melupakan segala permasaalahan yang telah timbul dan menyifatkan Abdullah Ahmad Badawi sebagai “ayah” yang perlu di beri sokongan dan bantuan.

Beginilah sikap orang melayu, suka bodek, ampu, kipas dan lain-lain walaupun terpaksa menjual maruah. Janganlah kita kerana mengharapkan sesuatu kepentingan yang tidak pasti akan hasilnya dan mula cuba menutup segala kemelut suasana yang semakin keruh. Dimanakah mertabat melayu? Berapakah harga mertabat melayu masa kini? Seolah-olah ianya di perdagangkan dengan harga murahan dah sesiapa jua boleh mengatakannya.

Memang benar, UMNO berhadapan dengan pelbagai permasaalahan, haruslah di kaji semula dimanakah segala masalah ini timbul? Nyata kepimpinan Pak Lah semakin keruh dan menimbulkan pelbagai permasaalahan. Oleh yang demikian, keperihatin bekan Perdana Menteri Malaysia TUN cuba membaiki segala permasaalahan tersebut. pelbagai nasihat telah di berikan, pelbagai rundingan telah di adakan dengan Pak Lah. Namun ternyata kepimpinan Pak Lah banyak kepincangannya.

Nyata Pak Lah gagal memertabatkan kaum melayu. Kenapa harus Pak Lah berdiri bertopengkan seorang pemimpin sedangkan hakikatnya beliau ternyata gagal sama-sekali?

Demi Melayu, Pak Lah haruslah melepaskan jawatannya dan membenarkan pemimpin lain membetulkan keadaan. Bukan cerca yang akn diterima Pak Lah namun sanjungan akan di berikan kerana Pak Lah telah mengorak langkah dengan memberikan laluan kepada generasi muda untuk memimpin negara, demi Melayu.

2 Respons

  1. bukan pak lah…tapi pak lelah…

  2. hahahaha!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: