Kerajaan Tanggung subsidi Minyak tertinggi RM19 billion?

17 April, KErajaan dijangka menanggung subsidi minyak yang lebih tinggi diantara RM18 juta ke RM19 juta billion pada tahun ini, berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia yang melambung tinggi jelas Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Noor Mohamed Yakcop yang mana ianya merupakan peningkatan sebanyak RM7 billion hingga RM8 billion yang telah di belanjakan pada tahun dahulu.

Beliau menegaskan bahawa mmandangkan hanrga minyak mentah global, subsudi minyak sebenar diambil daripada bajet tahunan dan itu tidak termasuk daripada petronas untuk diberikan kepada rakyat dan syarikat yang berjumlah antara RM18 ke RM19 billion berbanding RM7 ke RM8 billion tahun lalu. Jelas terbayang bahawa Kerajaan BN cuba memenangi hati rakyat dengan menyiarkan subsidi-subsidi yang telah diberikan tanpa huraian atau kupasan yang jelas, teliti dan lebih lanjut.

Negara kita Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar minyak dunia yang giat beroperasi di seluruh pelusuk dunia. Memang benar setakat ini, belum pernah sekalipun Petronas berjaya didalam mana-mana “global bidding” konsesi yang ditawarkan oleh negara-negara pengeluar minyak dunia. Namun negara kita masih merupakan negara pengeluar dan pengekspot minyak dunia.

Adakah tanggungan subsidi kerajaan yang berjumpah berbillion ringgit itu merupakan belanja  import minyak dari luar untuk kegunaan domestik seperti yang berlaku di Jepun dan Singapura? Adakah hasil minyak yang telah di proses didalam negara telah menampung keperluan domestik yang terlalu tinggi seperti yang berlaku di Iran, dimana mereka terpaksa mempergayakan kuasa nuklear sebagai bahan ganti penggunaan bahan bakar minyak yang mana mendapat tentangan daripada Amerika? Atau ini merupakan satu wayang gambar setelah Pilihanraya Umum ke 12 lepas?

Harga minyak negara masih tinggi jika di bandingkan dengan harga minyak dari negara-negara pengeluar minyak dunia. Cuba bandingkan harga minyak kita dengan harga minyak di Saudi, Oman, UAE, Venezuella, dan negara-negara pengeluar minyak lain dan adalah tidak wajar dan menjadi satu kesilapan jika kenyataan subsidi ini dibuat berdasarkan harga minyak dan bandingan daripada negara-negara pengimpot minyak. Sejauh manakah subsidi-subsidi yang dinyatakan ini ada kebenarannya? Dari sudut manakah jumlah yang berbillion-billion ringgit ini di perolehi?

Peningkatan harga minyak negara diimbal balas dengan pelbagai kenaikan mendadak tahun lepas yang mana puncanya tidak jelas di ketahui. Kenaikan harga minyak, barangan, elektrik, air dan sebagainya merupakan kautan keuntungan kerajaan yang di cukaikan di samping keuntungan Petronas yang berbillion-billion ringgit.

Janganlah cuba menunjuk simpati kepada rakyat jika ada diantara mereka itu yang cuba mengaut keuntungan daripada kemelut suasana. Keputusan pilihanraya umum lepas yang menghasilkan satu keputusan yang wajar dimana adanya “check and ballance” di dalam pentadbiran negara.

Pentadbiran negara kini perlu dipantau dan di teliti demi mensejahterakan keharmonian negara, demi menghapuskan kemelut rasuah yang menyusahkan rakyat dan memertabatkan bangsa Melayu sebagai bangsa yang di hormati di mata dunia.

Kerisauan kerajaan dalam peningkatan harga minyak dunia tidak wajar di jadikan satu issu yang membawa kerungsingan. Smakin tinggi harga minyak dunia, semakin banyak keuntungan yang kerajaan akan kaut dan inilah masanya pemantauan yang jitu dan teliti harus dilakukan.

Kita memberikan sokongan penuh keatas kerajaan BN untuk menerajui negara, namun pemantauan yang lebih harus di buat (bukan dari BN) demi menaiktaraf kepimpinan kerajaan BN dan mengamalkan Islam Hadari bukan “hadiah untuk diri sendiri”. Lapuran media dinihari hanyalah merupakan satu seloka untuk rakyat yang mana di ragui kebenarannya. Rakyat Malaysia, beraja, berdaulat dan kini celik mata dan senantiasa memerhatikan tindak-tanduk segelintir golongan yang cuba mengaut keuntungan dan menjadi pengkhianat bangsa berdaulat. Hanya menanti bukti yang nyata, peningkatan ekonomi negara dan kestabilan politik merupakan  tanda-tanda awal kemajuan negara.

5 Respons

  1. Ini minyak apa he!. Minyak unta ke!, minyak urut, ke minyak kelapa sawit..

  2. Kalau dah kat Malaysia, dah tentulah minyak ni … Pak Lah yang punyaaaaaaa……. hahahahahaha…Pak Lah yang punyaaaaaaa…. hahahahaha Pak Lah yang punyaaaaa….. (baca macam dalam citer Ahmad Albab tu ler)

  3. hmmm..
    kalau tak silap saya laa..masa memula harga minyak naik 20sen ..Merican ada bagitau akhbar The Sun, yg cukai petronas tahun tu melebihi subsidi minyak kerajaan kepada rakyat, jadi kenapa naik lagi harga 20sen?
    rasa nya Merican masa tu tak berapa happy la…sebab petronas dah bagi banyak, tp tak cukup-cukup jugak.

    ini dah naik 78sen, masih lagi mengharap petronas sumbangkan duit…i don’t think petronas would want to give in this time.
    bukan menjadi tanggungjawab petronas utk menanggung rakyat..tapi sepatutnya ia menjadi tanggungjawab kerajaan.

    so upset lah!

  4. […] jumlah sebenarnya! Melibatkan berapa bilion ringgit setahun sebenarnya? RM7 bilion? RM10 bilion? RM19 bilion? RM46 bilion? […]

  5. Dulu zaman tok nek kita, zaman itu ikut-ikutan, la nie zaman generasi ketiga dah, takda men ikut-ikut dah. Statement gomen tu kenalah tepat dan padat… jangan cakap melalut.

    Cam Najib, zaman pak hang org ikut, zaman nie kalau nak cakap style pak hang…. org habaq hang bodoh. Pak Lah ganyut dah………. bodoh selalu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: