Banglo parti liar pelajar

MELAKA: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sememangnya digalakkan menyertai aktiviti luar kampus terutama pada hujung minggu bagi mendedahkan diri kepada persekitaran, sekali gus memupuk keperibadian dan sahsiah diri.

Antara aktiviti sering dijalankan pelajar menara gading sama ada dari IPT awam mahu pun swasta ialah menyertai program amal seperti gotong-royong, projek bakti siswa atau perkhemahan di kawasan terpencil.

Bagaimanapun, sekumpulan pelajar IPTS dari Kuala Lumpur dan bandar raya ini, termasuk beberapa pelajar asing, mempunyai cara berbeza untuk memupuk sahsiah diri, iaitu dengan menganjurkan pesta liar yang turut membabitkan penggunaan bahan terlarang.

Mereka menjadikan sebuah banglo eksklusif di Orna Resort, Bemban, dekat sini, yang terletak di kawasan agak terpencil sebagai markas mengadakan parti berkenaan dengan menyanyi dan menari beramai-ramai sambil menelan pil khayal.

Kegiatan kumpulan mahasiswa terbabit yang didalangi dua pelajar lelaki termasuk seorang warga asing terbongkar apabila banglo setingkat yang disewa RM350 sehari itu diserbu sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Jasin, diketuai Cif Inspektor Zainal Murad pada jam 5.45 pagi kelmarin.

Semua pelajar terbabit yang membayar sejumlah wang kepada penganjur pesta itu mula berkumpul di banglo berkenaan pada jam 8 malam.

Dalam serbuan itu, polis menahan 38 orang termasuk sembilan perempuan yang sedang berada di ruang tamu banglo itu.

Daripada jumlah itu, 27 pelajar tempatan iaitu 18 lelaki dan sembilan perempuan, manakala enam lagi pelajar lelaki warga asing manakala selebihnya lelaki warga tempatan.

Banglo terpencil kira-kira tiga kilometer dari jalan utama itu sesuai mengadakan parti kerana jauh daripada pandangan orang ramai.

Tambahan pula, kebanyakan pelajar terbabit menuntut di IPTS berhampiran kawasan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Tio Kian Teng, berkata dalam serbuan itu, seramai 31 orang yang ditahan itu dipercayai positif dadah jenis syabu manakala dua lagi dipercayai positif ganja.

Katanya, pihaknya yang menerima maklumat awam berhubung kegiatan pelajar terbabit turut menemui enam pil Estacy, tetapi tidak menemui kondom atau minuman keras yang boleh dikaitkan dengan pesta seks.

“Saya katakan tiada pesta seks kerana tiada sebarang kondom ditemui dalam pemeriksaan ke atas banglo tiga bilik itu ketika serbuan dibuat. Kebanyakan mereka pula ketika itu dipercayai berada dalam keadaan khayal.

“Siasatan awal mendapati, semua pelajar terbabit datang ke banglo itu dari Kuala Lumpur dan ada pelajar dari negeri ini. Polis percaya ada bayaran tertentu dikenakan penganjur parti kepada pelajar berkenaan. Bagaimanapun, jumlahnya tidak diketahui kerana masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata, semua 33 pelajar yang dipercayai positif dadah itu akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya, manakala dua penganjur pesta berkenaan yang juga pelajar akan didakwa mengikut Seksyen 13 C Akta Dadah Berbahaya.

Menurutnya, semua mereka yang berusia 20 hingga 28 tahun kini direman empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

 mymetro

9 Respons

  1. Assalamualaikum..tue ler..nie la padah bila ingt kseronokn jer..mak bapa anta korg 2 ke Ipta ntk blaja..bkn ntk bser0n0k je..ingt la pgorbnan mak ayah kita..susa payah dorg besarkn kita dgn harapn kita akn dpt mbhgiakn dorg kelak dgn hasil kejayaan kita..nak bser0n0k 2 ble,tp,jan la ikt jaln yg xelok..byk pkara len g yg ble d lakukn ntk bser0n0k..yg pntg,jaln dredhai ALLAH S.W.T..budk2 zaman skang memg da mudah lalai..allahualam..ingt la korg pd pbalasan d akhrt kelak yg tlh Allah jnji kn pd hamba2 Nya yg mungkar..Allahualam..

  2. ya..lah tu, patut kamu tahu keperluan remaja2 sekrang mereka perlukan keseronokan yang mixsima
    tapi terjamin dari segi moral dan lagi membina diri mereka sendiri….
    agama adalah perkara yang sinsitif dalam keparibadian seorang remaja tetepi harus di sokong olah ibu-bapa. masa adalah yang perlu di disiplinkan dalam jiwa remaja masa kini, setiap waktu perlu di isi dengan pengalaman yang mencabar minda mereka.
    bimbing mereka dalam menguasai pertimbangan menjalani kehidupan harian….
    —-dlm jiwa dara muda cuma ada yang syok-syok je—

  3. Apa nak jadi dengan budak budak nie.Buat malu orang Melaka aja.

  4. All Malays are the biggest HYPOCRITES !!

    Suci sini suci sana..Sembahyang 5 kali la..etc..

    But look at the society scumbags…consist of REMPIT,BOHSIA, BAPOK, FAther rape daughter, Politician raped underage girls….Soon to be PM also a murderer…

    ALL OF THEM ABOVE ARE MALAYS..

  5. Korang komen apa? Aku salah seorg yg terlibat..
    Ngeee…

  6. I am so happy to read this. This is the kind of manual that needs to be given
    and not the accidental misinformation that is at the other blogs.
    Appreciate your sharing this best doc.

  7. Play a game of hide and seek with your man for some time
    till he falls prey to your secret intentions. If you show
    a positive attitude and self esteem, you are likely to get a positive response.
    By the way, I dont mind if you put a little comment “Ashok, this is a nice article”.

  8. Magnificent website. Lots of useful info here. I¡¦m sending it to some
    pals ans additionally sharing in delicious. And of course,
    thank you on your sweat.

  9. Some other cheat codes don’t provide you with in-game advantages however they make alterations in appearance, sound, images, etc.
    Since games from the car type are often not violent the slightest bit, parents
    approve them for the kids to play. That you need to how each one works and likewise know the advantages and downsides of each online game system.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: