Artis – Siasat tiga tuduhan jenayah

KUALA LUMPUR: Pelakon popular yang ditahan polis pada 5 Mac lalu berikutan aduan isterinya sendiri, bakal berdepan tiga pertuduhan jenayah berikutan tindakannya yang didakwa mengasari wanita berkenaan selain menyalah guna dadah.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, polis setakat ini sudah membuka tiga kertas siasatan terhadap pelakon yang popular sekitar tahun 90-an itu.

Pelakon lelaki berusia 40-an itu kini disiasat mengikut Kanun Keseksaan atas dakwaan mengikut Seksyen 306 kerana ugutan, Seksyen 321 (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 15 (1) (penyalahgunaan dadah).

Difahamkan, pelakon terbabit didakwa memukul isterinya dengan kayu sehingga cedera di tangan, betis serta lutut kiri.

Isterinya yang berusia 26 tahun dan bekerja sebagai penari, dikatakan pernah diugut bunuh dan akan disimbah asid.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi semalam memberitahu, polis sedang menunggu hasil ujian air kencing terhadap pelakon terbabit.

“Kita juga sedang menyiasat lebih lanjut berhubung tindakannya memukul dan mengugut isteri dan jika segala bukti mencukupi, dia mungkin akan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Harian Metro pada 8 April lalu melaporkan pelakon itu ditahan polis selepas isterinya membuat laporan mendakwa sering dipukul dan diugut suaminya.

Pemeriksaan awal ujian air kencingnya mendapati dia positif mengambil syabu, namun dibebaskan keesokannya dengan jaminan polis.

Dalam laporannya kepada polis, wanita itu mengadu pelakon terbabit turut mengugut mencederakannya.

Tidak tahan sering dipukul dan bimbang terhadap ugutan dibuat pelakon terbabit, isterinya menyerahkan suami kepada polis untuk dikenakan tindakan sewajarnya.

Bagi menafikan perbuatannya, pelakon itu membuat laporan polis mendakwa dia tidak pernah mengugut isterinya.

Dia sebaliknya mendakwa isterinya sengaja mereka-reka cerita dan membuat laporan polis supaya dia ditahan.

Difahamkan, wanita itu sudah mendapatkan rawatan di hospital dan pemeriksaan mendapati ada beberapa kesan lebam di beberapa bahagian badan akibat dipukul dan ditampar.

Pelakon terbabit pernah dinobatkan sebagai pelakon lelaki popular pada zaman kemuncaknya selain pernah menjadi hero remaja.

Difahamkan ketika kariernya berada di kemuncak, banyak kontroversi dikaitkan dengan pelakon berkenaan sama ada melalui filem yang dilakonkan atau dalam kehidupan realitinya sendiri.

Filem lakonannya pernah menggemparkan negara apabila dia bersama pelakon wanita pasangannya melakukan aksi panas dalam satu babak di tepi pantai.

Selain itu, dia pernah ditahan pada 1994 atas kesalahan memandu tanpa memiliki lesen sah serta cukai jalan tamat tempoh.

Dia dihukum penjara sehari dan didenda RM1,100 selepas mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan dan tidak dibenarkan memohon lesen memandu selama setahun.

Namun, kontroversi dan kisah panasnya tidak terhenti di situ apabila tidak lama selepas itu, dia ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) kerana disyaki bersekedudukan dan melakukan persetubuhan haram dengan seorang model dan pelakon sambilan.

harian metro

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: