Kewibawaan PDRM di pertikai….

Polis Diraja Malaysia (PDRM), merupakan sebuah pertubuhan beruniform yang unik jika di bandingkan dengan negara-negara lain kerana ianya adalah perubuhan beruniform yang terpusat, dimana di anggotai oleh lebih kurang 89’197 anggota dari pelbagai pangkat yang merangkumi segala aktiviti kepolisian, dari polis tugasan am sehinggalah ke perisikan merupakan di bawah bidang kuasanya. Kini Ketua Polis Negara di sandang oleh Tan Sri Musa Hassan.

Didalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan orang dan harta benda awam, PDRM di bantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri daripada Polis Tambahan, sukarelawan Polis, Polis bantuan, kadet Polis dan kakitangan awam, Persatuan Bekas Polis dan Tentera dan pelbagai lagi yang ertikata lainnya menggunakan perkataan “Polis” di hujungnya. 

Kewibawaan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kini hebat di pertikai di kalangan masyarakat di seluruh negara. Adakan keberkesanan, kualiti dan kemampuan masih dimiliki, atau PDRM hanyalah satu wayang gambar kulit yang di perkotak-katikkan oleh “tok dalang” atau “kaki karut” demi kepentingan politik?

Jelas di persoalkan dari kes-kes semasa yang mana PDRM ternyata gagal sama sekali menyelesaikannya apa jua pun kes jenayah di dalam negara. Dimanakan taraf profesionaliti kita yang pernah di banggakan pada satu ketika dahulu, pada tahun 2006? Adakah kemerosotan atau lebih buruk lagi salah guna kuasa telah benar-benar berlaku di dalam PDRM?

Jika kita mengimbas kembali beberapa kes jenayah yang telah berlaku di dalam negara dimanakah penyelesaiannya atau sejauh manakah keberkesanan penyiasatan diatas:

a. kes Adik Nurin – mangsa yang di bunuh kejam.

b. kes kehilangan adik Sharlinie – tiada khabar berita

c. kes kematian pelajar Nurul Anira – mangsa bunuh dan kemungkinan rogol (kes baru)

d. kes kehilangan Muhammad Asmawi – kanak-kanak hilang (kes baru)

Kini kes-kes culik kanak-kanak, telah berleluasa di Malaysia dan PDRM seolah-olah menunggu kes kes tersebut dikemukakan dan tiada langsung langkah-langkah membenteras di lakukan.

Selamatkah anak-anak kita kini di Malaysia? Selamatkah keluarga kita di bawah pucuk pimpinan yang telah diberikan kepercayaan untuk menjaga keamanan dah kesejahteraan negara? Atau perlukah kita mempersoalkan kewibawaan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara?

Benteras jenayah, benteras gejala salah laku dan jadikan Malaysia negara yang harmoni, selamat, aman dan makmur.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Satu Respons

  1. Aku pun naik pening kepala lah, sekarang ni banyak betul lah kes bunuh, colek, rogol, samseng, hilang.

    Aku ingat sekarang ni banyak sangat orang yang OTAKNYA SUDAH SHORT agaknya.

    Untuk baiki otak short ni kerja kerajaan, patutnya kerajaan kena wajibkan buat screening otak setiap penduduk malaysia. Baru betul…

    Aku dengar cerita yang buat hal colek, tangkap orang ni perbuatan orang Indon dan Myanmar….
    Jadi aku cadangkan wajibkan mereka ini hadiri KURSUS KEMASYARAKATAN MALAYSIA. Kenakan caj RM100 seorang. Kasi majikan bayarlah….
    bagi otak mereka ‘ada tune sikit’

    Ok sekian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: