Trauma Pak Lah

Keputusan pilihanraya Umum Malaysia yang ke 12, merupakan satu sejarah yang tetap menjadi seribu kenangan dimasa akan datang. Ianya juga merupakan satu tamparan hebat keatas pucuk pimpinan parti pemimpin, Abdullah Ahmad Badawi. Ketandusan Barisan mempertahankan Pulau Pinang, Perak dan Selangor merupakan satu kejutan dan meletakkan PM Malaysia (bukan PM kita… sebab tidak di sokong oleh sebahagian besar rakyat) di dalam trauma, adakah beliau benar-benar seorang PM.

Sudah diterangkan, sudah dijelaskan dengan nyata, kini rakyat terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar, di himpit inflasi, kenaikan tol, kenaikan harga petrol dan BLR, tetapi bagi Pak Lah, itu semua tidak mengapa. Telah sepenggal berlalu, belum pun kita nampak apa-apa kemajuan yang di sumbangkan oleh Pak Lah kepada negara. Pembatalan projek-peojek mega yang telah di rancangkan oleh bekas Perdana Menteri kita Tun Mahathir, di hentikan tanpa memberikan alasan yang kukuh, walaupun rata-rata rakyat faham akan sumbangan projek-projek mega itu terhadap negara. Dimanakan hasil asas tani yang di laungkan oleh Pak Lah? Di manakah asas (foundation) perlaksanaannya? Apakah tahap kemajuan yang telah dicapai? Setakat ini sejauh manakah hasilnya? Semuanya adalah wayang, wayang kulit Pak Lah.

Rakyat dari berbilang bangsa telah merasai ketandusan kemampuan Pak Lah menerajui negara. Namun akhbar-akhbar tempatan begitu gah menerbitkan berita kenaikan ekonomi negara dan bursa saham yang di janakan oleh syarikat gergasi. Orang melayu kini adalah di generasi ketiga dan bakal di terajui oleh generasi keempat. Kemenangan Pak Lah yang begitu tipis adalah hasil dari generasi pertama dan kedua, bukan dari generasi ketiga, orang melayu tidak bodoh, orang melayu nampak apa yang Pak Lah buat, orang melayu nampak apa yang Pak Lah lipat. Sudah tiba masanya orang melayu khasnya menasihati Pak Lah, jangan jadikan agama Islam sebagai topeng politik Pak Lah…. itu keji namanya. Islam hadari adalah satu yang mulia, jangan di permainkan. Petah melaungkan mengamalkan Islam hadari, tetapi acap kali melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Islam hadari…. itu munafik namanya. Seperti mana orang-orang munafik di zaman rasulullah s.a.w. yang cuba menipu demi melemahkan semangat orang Islam. Itu perbuatan terkeji dan telah di janjikan allah akan balasannya.

Siapakah Khairi? Pegawai besar kerajaan? Ahli politik? Penganalisa politik yang termasyur? Khairi adalah seorang yang bersemangat waja, berjiwa kental dan berwibawa selagi Pak Lah menjadi PM. Bak kata segelintik masyarakat, Khairi merupakan gigolo yang dahulunya cuba menambat hari puteri Datuk Sri Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi TPM kita, dan beralih kepada puteri Pak Lah setelah kejatuhan Datuk Sri Anwar Ibrahim dan kenaikan Pak Lah sebagai PM. Dari berita yang tidak resmi, Khairi juga bakal menjadi menanti kepada anak LKY.

Khairi memang berbakat, namun secara terang beliau tidak berpengalam di dalam politik. Untuk beliau menjadi seorang pemimpin, Khairi perlu beratas di tingkat 4, dah jika selagi Khairi berada di tingkat 4 selagi itulah Pak Lah akan menerima pelbagai masalah.

Demi orang melayu, demi bangsa dan demi negara yang kita cintai, orang melayu harus besatu. Umno orang melayu, pas orang melayu, PKR majoritinya orang melayu, kita harus bersatu. jangan campur adukkan politik dan agama, jangan menafikan kebenaran dan mengiakan keburukan. Orang melayu yang patut di pertanggungjawabkan memperbetulkan orang melayu, bukan bangsa lain. Dahulu rata-rata menyatakan Kelantan bakal menerima kemelut kemerosotan di bawah pimpinan Tok Guru kita Nik Aziz, yang nyata sekarang rakyat Kelantan mewah, harga “parking” tinggi pun rakyat kelantan mampu bayar. Itu lah yang di katakan kewibawaan pemimpin, Nik Aziz.

Demi Melayu, walaupun didalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan kita perlukan kembalinya TUN MAHATHIR, di dalam kekemelutan kita perlukan kembalinya TENGKU RAZALEIGH HAMZAH, di dalam kemurungan dan dendam, kita perlukan kembalinya DATUK SRI ANWAR IBRAHIM dan demi kesejahteraan dah demi untuk agama, bangsa, rakyat dan negara, kita perlukan kemasukkan TOK GURU NIK AZIZ.

Di timur tengah, di tengah padang pasir yang luas melaut, pernah kami di datangi oleh masyarakat yang tiggal di pendalaman bertanyakan kami akan pemimpin kami iaitu TUN MAHATHIR, kami menerangkan bahawa TUN MAHATHIR telah berundur dari parti dan kekecewaan di wajah mereka terserlah. Namun kami menegaskan bahawa PM baru kami ialah Ahmad Badawi, namun tida siapa pun mengenali beliau sebagai PM walaupun telah sepenggal berlalu.

Jadikan BN parti yang demokrasi, rakyat berhak memilih pemimpin bukan Pak Lah yang pandai-pandai memilih pemimpin. Pemimpin di pilih oleh rakyat, sebab itu BN menang walaupun tipis, kalau Pak Lah nak pilih pemimpin sendiri, sila umumkan sebelum pilihanraya akan datang, baru senang rakyat pilih pemimpin mereka.

 

miester: Once I proud myself to be Malaysian, everytime they said… “ooooooo…….. Mahathir Mohammed”..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: