Pak Lah Menghitung Hari Pilihanraya Umum ke-12

2787602316.jpg

Pilihanraya Umum Malaysia yang ke -12 di ramalkan bakal diadakan pada bulan Mac depan. Namun begitu Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa tempoh pilihanraya umum tersebut boleh diadakan Pak Lah yang kini semakin “sebok” dengan agenda-agenda beliau terpaksa menghadiri  siadang kemuncak Pertubuhan Persiangan Islam (OIC) si Senegal, Afrika dari 8 hingga 14hb. Mac tahun ini. Pada sidang kemuncak nanti Pak Lah akan menyerahkan mandat yang telah dipegangnya selaku Pengerusi OIC sejak sidang kemuncak pertubuhan itu diadakan di Malaysia pada bulan Oktober 2003.

2816557535.jpg

Beliau menegaskan bagi menjawab spekulasi pilihanraya umum yang ke-12 bahawa,  sudah menjadi kebiasaan setahun sebelum mandat yang di peroleh daripada rakyat pada pilihanraya yang lalu berakhir, kerajaan akan membuat segala persiapan dan tradisi ini akan diteruskan. Ternyata, Pak Lah menghadapi dilema terhadap pilihanraya yang bakal diadakan nanti.

 doa-ke-tidur.jpg“ya allaaaaaaaaaahhh……………… ngantuk nyaaaaaa…..”

Rakyat telah memberikan mandat yang secukupnya kepada Pak Lah untuk menerajui negara dan ternyata akan keserlahan ketidakupayaan Pak Lah memegang amanah rakyat. Rakyat Malaysia tidak memerlukan kata-kata “hikmah dan pujangga” dari Pak Lah. Apa yang rakyat mahukan ialah kemajuan dan peningkatan negara. Namun, apa yang rakyat dapati daripada amanah dan mandat yang telah diberikan ialah satu kekeciwaan. Malah, para seteru Tun Mahathir pada suatu ketika dahulu merasai akan kesilapan yang telah dilakukan.

Ramai yang meyatakan bahawa selepas tarikh pilihanraya umum nanti, Pak Lah tidak akan berpeluang menjadi PM disebabkan prestasi beliau yang ternyata tidak berpotensi. Apakah dilema ini yang menghantui fikiran Pak Lah? Itu menjadi tanda tanya kepada diri Pak Lah sendiri kerana rakyat sudah bersedia memangkah di pilihanraya yang akan datang. Ada ura-ura Pak Lah ingin membentuk perdana menteri kedua dan calunnya ialah dari MCA. Namun kepastian akan berita itu masih menjadi tanda tanya. Jika kita masih ingat sewaktu Tun Mahathir mempertikaikan akan kemampuan PROTON menerajui syarikat yang menjadi kebanggan negara satu masa dahulu, ramai yang mengkritik dan menyuarakan rasa ketidakpuasan sekiranya syarikat tersebut di terajui oleh bangsa asing.

Namun begitu, setelah sekian lama Pak Lah menggantikan tempat Tun sebagai peneraju negara, PROTON tetap sebegitu. Jika kita tidak mempunyai kemampuan untuk membentuk sesuatu untuk kemajuan, tidak menjadi kesalahan jika kita meneruskan apa yang telah ada, mungkin sesuatu pembaharuan bukannya kembali kebelakang dengan memegang cangkul. Memang baik kita berbudi kepada tanah, tapi jangan terlalu alpa bahawa bidang pertanian ini merupakan peringkat pertengahan sebelum Malaysia menjadi negara industri. Kenapa kita berundur kebelakang?

 2818341037.jpg

Pada satu masa dahulu semangat rakyat akan berkobar-kobar bila pemimpin melaungkan kata-kata semangat, namun kini apa yang kita dapat lihat kepercayaan rakyat terhadap pemimpin mula di pertikaikan. Kata-kata tong kosong kedengaran di sana-sini, pemimpin-pemimpin yang satu ketika dahulu bersemangat waja dan berkepimpinan melalui tauladan mula memukul tong kosong dan ada yang terus membisu. Tiada kepastian samaada mereka tidak berkemampuan berbuat apa-apa di bawah payung Pak Lah demi periuk nasi atau turut menyertai Pak Lah dengan slogan beliau yang menjadi jenaka semasa rakyat.

 

“janganlah bekerja untuk saya…. berkerjalah bersama-sama sayaaaaaaaaaaaaa………………….zzzzZZZZzzzZZZZZzzzzZZzzz……

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Satu Respons

  1. pak lah memang sering kali kelihatan tekun memikirkan masaalah masaalah negara dan juga masaalah dunia..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: