Teliti kelulusan permit pesta tahun baru

TAHUN 2007 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Sebagai warganegara yang bermastautin di bumi yang begitu aman dan penuh dengan kesejahteraan ini tentunya kedatangan tahun 2008 dinanti dengan begitu teruja. Pemergian tahun 2007 dan kedatangan 2008 pasti memberi harapan yang serupa. Kita yakin akan kehendak dan kemahuan warganegara yang begitu taat meletakkan undang-undang sebagai panduan menjalani kehidupan seharian.

menjurus kepada konsep percambahan ilmu dan dipersembahkan dengan kemas serta intelektual. Tidak kurang juga pesta-pesta hiburan dengan kehadiran artis dari dalam dan luar negeri. Tetapi yang menyedihkan ada majlis atau pesta tahun baru yang dianjurkan tanpa ada objektif yang jelas dan liar.

Keghairahan penganjur merancang sesuatu acara boleh mengundang ruang kepada pelanggaran peraturan dan undang-undang. Ada acara yang memerlukan peserta membayar sejumlah wang sebagai tiket penyertaan. Maka penganjur akan merancang pelbagai bentuk hebahan dan publisiti untuk menarik orang ramai. Golongan remaja atau muda mudi adalah sasarannya.

Kita sedia maklum bahawa pelbagai acara sambutan tahun baru sejak akhir- akhir ini sudah menyimpang dari maksud sebenar acara itu dibuat. Malah kita terus menjadi bingung kerana begitu banyak program sambutan tahun baru yang menjurus kepada pesta muda mudi begitu mudah mendapat permit.

Pergaulan

Kita bimbang pesta keramaian yang dianjurkan itu menjadi platform kepada aktiviti tidak bermoral. Pergaulan bebas muda mudi dalam suasana yang tidak terkawal di premis-premis tertentu ketika menyambut tahun baru dibimbangi akan merebak menjadi pesta maksiat seperti seks bebas, arak, judi dan penyalahgunaan dadah.

Kita merayu kepada pihak berkuasa seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), polis, Jabatan Agama Islam Negeri, Agensi Dadah Kebangsaan dan banyak pihak lain lagi untuk sama-sama memainkan peranan melihat situasi ini. Setiap permohonan lesen atau permit perlu diteliti secara mendalam. Jika ia melibatkan premis-premis hiburan atau lokasi yang kurang dikenali, ada baiknya pihak berkuasa turun padang meninjau dulu lokasi tersebut.

Jika tidak menyalahi peraturan, pihak berkuasa boleh memanggil pihak yang memohon permit hadir untuk sesi temu duga.

Ringkasnya, penganjur pesta tahun baru perlu membentangkan kertas kerja yang lengkap. Langkah ini pastinya memudahkan pihak berkuasa untuk meluluskan permit atau lesen penganjuran pesta tahun baru seperti yang dipohon.

Kita perlu bertegas, teliti dan cerewet ketika menimbangkan kelulusan permit pesta tahun baru ini. Tetapi jika pihak yang memohon terdiri daripada badan kerajaan atau bukan kerajaan yang sudah terbukti kejujuran dan rekodnya, permit bukan sesuatu yang sukar untuk dikeluarkan.

Kita khuatir akan kewujudan unsur- unsur negatif di sebalik penganjuran pesta tahun baru yang tidak tentu hujung pangkalnya. Ketika kerajaan begitu menggalakkan rakyatnya untuk membudayakan diri dengan elemen-elemen kehidupan yang bersih, kita tidak mahu ada pihak yang menyerapkan budaya terkutuk yang bertentangan dengan adat, budaya, peraturan dan undang- undang negara.

Tidak ada salahnya jika pihak berkuasa mengetatkan prosedur kelulusan permit penganjuran majlis sambutan tahun baru. Elakkan daripada tersalah membuat keputusan yang boleh membenihkan unsur tidak bermoral dan menjadi medan masyarakat menuding jari kepada pihak berkuasa yang mengeluarkan permit.

Tahun baru perlu disambut dengan agenda muhasabah, menilai dan merenung akan kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Utusan Malaysia. 

 

 

miester: salah satu tanda-tanda hari Kiamat hampir tiba, bila pemimpin bertopengkan Islam melaungkan hukum-hakam, berselindung di sebalik agama, bermain kta-kata tentang Syurga & Neraka, dosa & pahala sedangkan dia sendiri tidak mampu atau tiada berkemahuan  untuk melaksanakannya…… semoga allah memberikan hidayah kepada hambanya yang hina dan keji. Amin ya rabbal a lamain…..

Satu Respons

  1. aku tidur je mlm tadi lagi best. heheheheeh🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: