Kemalangan Maut DI Gerik

mh_03_big.jpg

GERIK 24 Dis. – Selepas sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam lima kemalangan sepanjang tahun ini, ‘laluan maut’ menuju ke Kelantan di sini meragut enam lagi nyawa dalam nahas terbaru malam tadi.sebuah kereta dan sebuah lori treler di Kilometer 71.4 Lebuh Raya Timur-Barat berhampiran Temenggor.Ia berlaku hanya 19 hari selepas tiga anggota Rela Kelantan termasuk seorang berpangkat penolong pengarah terbunuh manakala dua lagi cedera parah apabila van mereka bertembung sebuah lori di Kilometer 14.4 Lebuh Raya Timur-Barat di sini.Nahas yang lebih mengerikan ialah pada 22 April lalu apabila sembilan orang termasuk empat kanak-kanak terbunuh manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 86 Jalan Kuala Kangsar-Gerik dekat Lenggong di sini.Malam tadi, lima daripada mangsa mati di tempat kejadian manakala seorang meninggal dunia di Hospital Jeli.Mereka yang terbunuh ialah Z. Azhar Hamat, 39, dan anaknya, Mohd. Azri, 2. Turut terkorban sepupu Z. Azhar iaitu Suhaimi Shapiai, 32; Rupeah Mohd. Zain, 40; Nor Azilah Nawan, 31; dan Wan Asri Mohadi Wan Mohamed, 29, iaitu pemandu kenderaan itu.Keluarga malang itu berasal dari Tanah Merah, Kelantan.Z. Azhar, Mohd. Azri dan Nor Azilah menetap di Kampung Air Batu manakala tiga lagi mangsa berasal dari Kampung Panglima Bayu, Tanah Merah.Semua mangsa dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis pertunangan saudara mereka, Mohd. Saimi Mat Nawi, 30, di Taiping.Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Mahad Nor Abdullah berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kenderaan yang dipandu laju.“Kereta Honda dipandu Wan Asri dari Gerik menuju Jeli dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan bertembung dengan lori treler dari arah bertentangan. Kereta dinaiki mangsa tercampak ke longkang,” katanya.Lima mangsa yang mati di tempat kejadian dihantar ke Hospital Gerik untuk dibedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati semua mangsa mati akibat cedera parah pada kepala.Menurut beliau, pemandu dan kelindan lori itu tidak cedera dan kedua-duanya dibebaskan setelah diambil keterangan.Semua jenazah dituntut ahli keluarga mereka pada pukul 1 tengah hari ini untuk dikebumikan dalam satu liang lahad, kira-kira pukul 5.30 petang di Kampung Panglima Bayu, Tanah Merah.Utusan Malaysia  25hb.December,2006

Satu Respons

  1. sepatutnyaa..
    Jalan Motosikal … di asingkan…!
    seperti Federal Highway dan jalan lama Kuala Lumpur..
    ada jalan bawah tanah untuk Motosikal..

    kesian laaaaaaa pada pembonceng motosikal tak habis2 kena menyelittttt dan di sepitttttt je..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: