Erra tunang dengan Emran

erra-1.jpg

PETALING JAYA: Primadona filem Melayu Erra Fazira, 33, menyelamatkan dirinya dari segala tohmahan apabila berjaya melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan keempat hatinya (angka tidak resmi), Engku Emran Dato Engku Zainal Abidin, 32, Ketua Pegawai Operasi (COO) SuriaFm di kediaman Erra, yang terletak di Damansara petang tadi.

 

erra-21.jpg

Setelah menjalinkan hubungan dengan sekian lama iatu selama tiga bulan, kedua pasangan yang sama cantik dan sama padan ini, mengambil keputusan untuk meletak titik noktah kepada gosip liar yang melanda mereka sejak dua bulan sudah. (mmm…. main kayu tiga rupanya.. kesian Hans) 

erra-31.jpg

 Pertunangan yang berlangsung secara sederhana (takut kena gosip),  tetapi meriah dan glamor, turut hadir para wartawan, sebilangan artis seperti Umie Aida, Zahida Rafik, Zaibo, penerbit filem Raja Alawiyah, beberapa kenalan dan keluarga terdekat.

erra-41.jpg

Turut kelihatan ialah ibu saudara Engku Emran, penulis lirik tersohor Habsah Hassan dan rakan karibnya, aktres Rubiah Suparman. “Saya rasa bersyukur dan gembira…,” jelas Engku Emran sejurus selepas majlis pertunangan tamat. Emran kelihatan segak dalam pakaian kemeja putih berseluar ‘slack’ hitam berada di perkarangan rumah Erra ketika itu.

“Alhamdulillah, sudah tentu saya gembira kerana majlis berjalan lancar serta mendapat persetujuan kedua belah pihak. Sekarang, saya hanya mahu pandang kehadapan,” celah Erra yang kelihatan cukup teruja setelah majlis selamat disempurnakan. Ini merupakan pertunangan ketiga Erra.

Erra rasa bersyukur kerana dah lari dari tohmahan,” jelas Erra yang pernah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi rock Awie, bekas suaminya, Yusry KRU dan Hans. Erra merupakan janda Yusri yang mana telah sama-sama mendirikan rumah bertangga pada tahun 2003 tetapi tangganya roboh dan berpisah secara rasminya pada 26 April tahun lepas.

Majlis pertunangan Erra-Emran bermula pada jam 3.45 petang dan dihadiri oleh lebih kurang 100 orang tetamu yang membanjiri rumah teres dua tingkat Erra itu. Sebelum itu, rombongan pihak lelaki seramai 30 orang, diketuai oleh bapa saudara Emran, Engku Abu Bakar Engku Ngah yang datang dari Terengganu dan Pahang telah membawa lima buah hantaran terdiri dari sebentuk cincin tunang berupa emas putih bertatah berlian dan sebentuk cincin risik yang juga emas putih, tepak sirih, sepasang persalinan, sepasang kasut serta sebiji kek.

 Sementara pihak perempuan yang terdiri dari 50 orang pula diwakili oleh suami Habsah Hassan, Mohamed Jusoh (ayah saudara kepada Engku Emran) yang berpakaian krim coklat. Rombongan pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang bekas hantaran yang berisi tepak sirih, sepasang sampin songket berwarna hitam, sepersalinan kemeja, songkok, butang baju melayu, sepasang kasut, buah-buahan dan coklat.

Wang hantaran pula, tidak seperti lazimnya, kerana pihak perempuan hanya meminta senaskah Al-Quran. Difahamkan, pihak perempuan tidak menetapkan berapa wang hantaran kerana Erra inginkan kelainan pada kali ini. (pasaran saham pun tak macam dulu lagi, maklumlah erra pon faham, kereta walaupun Mercedes atau BMW, tapi kalau dah dipakai di jalan raya, kena jual dengan harga second hand, itu belum lagi di kira kereta Mustang yang di pakai secara “memecut”….. lain harganya….)

“Wang hantaran hanya adat saja. Saya sudah lalui semua ini dahulu. Wang ringgit itu semua akan datang kemudian,” ujar Erra lagi seolah-olah merayu meminta semua orang faham dan sokong pendirian dia. 

Bonda Engku Emran, Toh Puan Salmah Hj Abdullah telah menyarungkan cincin ke jari manis Erra yang duduk persis seorang ‘Puteri’ di atas pelamin ciptaan Pak Abu. Pelamin indah yang bertemakan warna krim dan putih itu tampak menarik dengan hiasan jambangan bunga mawar merah di kiri dan kanan berlatarkan kain sutera berombak serta dipenuhi dengan taburan kelopak bunga mawar

erra-51.jpg

Erra kelihatan macam anak dara dalam busana krim, putih dari hasil karya dan rekaan Jovian Mandage. Wajah kejandaannya telah disolek dengan begitu rapi sehingga kelihatan sungguh ayu seperti anak dara, oleh Nurul Syukur, siap dengan selendang renda warna putih.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Satu Respons

  1. semoga berkekalan hingga ke tahun hadapan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: