Penulis Blog Semua Penakut@Pondan@Monyet…..Siapa Sebenarnya Monyet?

August 18th, 2007

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menyifatkan identiti mereka serta berselindung dan beralamat di luar negara. Beliau berkata penulis blog terbabit hanya megah mendabik dada mengatakan bahawa mereka tidak akan dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak tertakluk dengan sebarang undang-undang negara ini.

“Sebab apa saya kata mereka pengecut kerana mereka tidak berani menggunakan alamat di dalam negara ini sebaliknya menggunakan alamat luar negara untuk menghentam pemimpin negara kita. Inikah sifat anak jantan? Ini bukan anak jantan, ini pondan. Mereka guna alamat luar negara. Berani pula kata tiada siapa boleh sentuh mereka, tiada siapa boleh heret mereka ke mahkamah kerana tiada undang-undang yang boleh dikenakan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas sesi perjumpaan pemimpin Penerangan Umno Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan pemimpin Umno takut untuk bersuara dan berhadapan dengan penulis blog.

Muhammad berkata pemimpin Umno bukan takut untuk membalas segala tuduhan yang dibuat di dalam blog-blog terbabit tetapi berkeyakinan bahawa apa juga jawapan yang diberikan penulis blog itu tetap tidak akan berpihak kepada kerajaan.

“Penulis blog akan `posting’ segala apa yang diperkatakan oleh pemimpin negara dan membuka kepada perbincangan umum yang menjurus kepada mengkritik pemimpin terbabit,” katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak takut untuk berhadapan dan mengadakan dialog dengan penulis blog politik yang terlibat sekiranya mereka bersedia berbuat demikian.

Katanya kebanyakan tuduhan yang dibuat itu adalah kitar semula dan ditulis dalam gaya penulisan yang lain.

“Saya tidak takut… saya jawab semua tuduhan tapi tidak disiarkan dalam blog. Kalau sudah minda dan sikap mereka (penulis blog) sudah tertutup untuk kerajaan, mereka tidak dapat menerima apa jawapan kita.

“Kalau kita hendak saman, hari-hari kita kena saman orang sebab membuat tuduhan terhadap individu. Tapi masa ini, institusi yang lebih dititikberatkan dan menjadi isu yang sensitif sekiranya dikritik dalam blog,” katanya.

– BERNAMA

miester: akan memastikan, bukti di sertakan di dalam blog ini jika menyiarkan sebarang artikel atau komen pemimpin negara, takut nanti jadi beruk pondan, dan akan membuktikan siapa sebenarnya “beruk pondan itu…”

Satu Respons

  1. Pembebel sedang meneropong beruk2 pondan tersebut dari mengomen di blog Membebel… Hah, jumpa sekor! Nah kena sekeh seketui. Waakakaka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: