Ina Naim dan Suhaimi bernikah.

inasuhaimi-1.jpg

Pasangan pengantin Mohd. Suhaimi Saad dan Nordiana Md. Naim selamat diijab kabul di Masjid Jamek Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, semalam.

, 23, yang lebih dikenali sebagai Ina Naim di Masjid Jamek Felcra Sg. Ara, dekat sini, malam ini.

Pasangan pengantin baru itu dinikahkan oleh jurunikah Al Sheikh Taufiq Datuk Kiyai Shamsuddin selepas solat Isya di hadapan ahli keluarga kedua-dua pihak.

Dengan sekali lafaz, Suhaimi sah menjadi suami Ina dan kedua-dua mempelai kelihatan serasi apabila mengenakan pakaian sedondon putih rekaan Lat‘s Collection.

 Suhaimi yang juga merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyarungkan cincin pernikahan ke jari manis isterinya sebagai acara pembatalan air sembahyang.

Suhaimi yang merupakan anak kelahiran Triang, Pahang, menyerahkan mas kahwin bernilai RM22.50 kepada Ina.

Sebelum diijabkabulkan, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 6 Jun lalu dalam satu majlis yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja di rumah orang tua Ina di Felcra Sungai Ara.

Pada majlis yang sama juga kedua-dua pihak pengantin lelaki dan perempuan bertukar-tukar dulang hantaran.

Pihak lelaki memberi tiga dulang hantaran termasuk wang berjumlah RM10,000 kepada pihak perempuan dan membalas dengan lima dulang hantaran.

Selepas majlis pernikahan, pasangan pengantin baru itu diarak ke rumah orang tua Ina untuk majlis jamuan makan.

Pasangan ini dinikah ‘gantung’ pada malam ini atas alasan tidak mahu timbul sebarang fitnah apabila kedua-duanya sering kelihatan bersama mengadakan persembahan.

Sementara itu, Ina ketika ditanya mengenai perasaannya setelah bergelar isteri berkata, beliau bersyukur dan redha dengan jodohnya.

“Alhamdulillah… segalanya sudah selamat dan kini saya mempunyai seorang suami untuk melindungi dan membimbing saya,” katanya.

Beliau berkata, walau pun sudah bergelar isteri, beliau akan tetap menjalani kehidupan sebagai seorang artis tetapi keluarga adalah keutamaannya.

Katanya, atas keizinan suaminya, beliau akan meneruskan karier seninya.

Suhaimi pula berkata, inilah jodohnya dan beliau akan cuba menjadi ketua keluarga yang membimbing isteri ke jalan yang diredhai Tuhan.

“Saya bersyukur dan selepas ini, saya akan tumpukan sepenuh perhatian kepada kerja, kerjaya dan rumah tangga,” katanya.

Ina berkata, persandingan dan kenduri mereka akan dilangsungkan selepas Aidilfitri, Oktober depan.

“Kami tidak merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat ini kerana padat dengan jadual persembahan masing-masing.

“Malah esok kami akan mengadakan persembahan di Perlis sebelum ke Muar pada Sabtu,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Sementara itu, kira-kira 500 tetamu, termasuk jiran dan keluarga hadir pada majlis pernikahan mereka sebelum menikmati jamuan ringkas di rumah keluarga penyanyi berkenaan.

miester: mengucapkan selamat pengantin baru kepada Ina dan Suhaimi, semoga berkekalan selamanya.

Satu Respons

  1. ina nie kalo pdg btl2..die nie k le gak..
    nk kt ctk sgt 2 x de r..tp manis 2 de..

    biar r die ngan life die skg..
    toksah r korang tambah dosa lg..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: