SWM tidak bayar subkontraktor RM162 juta

(Utusan 9 Julai,2007) 

KUALA LUMPUR 5 Julai – Kira-kira 80 subkontraktor kerja-kerja pelupusan sisa pepejal di Melaka dan Johor tidak menerima bayaran tuntutan kerja hingga menyebabkan mutu kebersihan di kedua-dua negeri itu semakin terabai.

Sdn. Bhd. gagal membayar tuntutan kerja selama sembilan bulan bernilai RM162 juta kepada subkontraktor terbabit.

Tambahnya, kelewatan pembayaran itu menyebabkan mereka (subkontraktor) tidak dapat melakukan kerja-kerja pembersihan dengan berkualiti.

‘‘Subkontraktor kena menyediakan pekerja, kenderaan dan pelbagai alat mengangkat sampah. Bagaimanakah perkhidmatan yang berkualiti boleh disediakan jika SWM masih berhutang kepada subkontraktor?

‘‘Bagaimana boleh SWM yang diberi lesen oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak membayar tuntutan kerja kepada subkontraktor,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Idris turut membangkitkan perkara itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 di Dewan Rakyat semalam dan meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting melihat perkara itu dengan serius.

Kata beliau, disebabkan kelewatan pembayaran, segelintir subkontraktor terpaksa mengambil tindakan undang-undang ke atas SWM.

Ketika ditanya mengapa berlaku kelewatan bayaran, Idris berkata, SWM mendakwa mereka tidak dibayar oleh PBT.

‘‘Mereka (SWM) kata PBT tidak bayar. Masing-masing menuding jari. Saya berasa pelik bagaimana PBT boleh kata tiada duit,” katanya.

miester : pening gak, depa nak tolong kontraktor melayu ka depa nak kontraktor melayu ni tolong depa?

3 Respons

  1. SWM is full of ‘solid waste’, they should clean up this company..

  2. kerja mintak cepat siap, bayar tak mau cam mana?

    tundinglah jari sampai ke dinding.

  3. I do not even know how I ended up here, but I thought
    this post was great. I don’t know who you are but certainly you are going to a famous blogger if you aren’t already😉 Cheers!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: