OMAN DI LANDA RIBUT (CYCLONE GONU)

Rabu, Jun 06,2007, Kesultanan Oman telah dilanda ribut yang dikenali sebagai “Cyclone Gonu” yang mana telah membawa banyak kerosakan, kemusnahan dan kehilangan nyawa.

ini adalah rakyat Malaysia yang bekerja dan ada yang masih belajar. Disini, saya cuba untuk berkogsi pengalaman bersama semua rakyat Malaysia khasnya dan semua masyarakat dunia amnya, pengalaman yang telah kami lalaui pada hari, waktu dan ketika itu.

“Sultanate Of Oman” atau Kesultanan Oman merupakan salah sebuah negara timur tengah di bawah “GCC”, berjiran dengan “UAE” dan Yaman di selatan Kesultanan. Negara ini mempunyai populasi sekitaran 2.0 juta penduduk dan merupakan salah sebuah negara ISLAM yang pernah satu ketika dahulu di kunjungi oleh sahabat Rasullullah s.a.w. di kala mengembangkan ajaran Islam. Sultan yang kini memerintah ialah SULTAN QABOOS BIN SAID, beliau sangat di sanjungi dan di sayangi oleh semua rakyat kerana keramahan, keperihatinan, tanggungjawab dan keperibadiannya.

Lebih kurang jam 8 pagi (waktu tempatan), suasana langit menjadi mendung dan awan berarak pantas menyelubungi langit. Perubahan cuaca daripada panas terik kepada redup dapat dirasakan dengan begitu ketara kerana di Kesultanan Oman pada ketika ini adalah musim panas. Suasana menjadi begitu tegang, boleh di katakan semua orang pada hari itu menjadik panik dan daripada corong-corong radio dan televisyen acapkali kedengaran dan kelihatan pesanan daripada pihak Kesultanan supaya semua rakyat berjaga-jaga menghadapi segala kemungkinan. Kami di sarankan supaya berada di dalam rumah, perlengkapkan keperluan bagi orang-orang tua, bayi-bayi, anak-anak dan keluarga.

Pada hari tersebut, kami yang terdiri daripada rakyat-rakyat malaysia berhubungan sesama lain, kemudian saya di telefon oleh En. Zul (Daleel Petroleum) untuk tinggal bersama-sama di rumah beliau, kemudian kami du hubungi oleh En. Rohimi (Petroleum Developement Oman) bersama-sama isteri beliau yang sarat mengandung, anak-anak, ibu dan bapa mertua beliau. Saya kemudian menghubungi En. Zaharul (Arabian Oil & Gas services) dan menjemput beliau tinggal bersama di rumah En. Zul.

Ikuti siri menarik serta gambar-gambar berkenaan Cyclone Gonu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: